YA MEMANG BELUM PASTI DAN TENTU LAGI TAPI

YA MEMANG BELUM PASTI DAN TENTU LAGI TAPI 

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt.

Belum pasti kalau diusahakan tidak mustahil menjadi. BantuanNYA itu selalu ada. Lagi-lagi bila selalu dan dipraktikkan kerana DIA. InshaAllah dipermudahkan. Aamiin. 

Berkopiah berserban putih selalu
Bertudung litup sentiasa 
Labuh dan longgar berpakaian

Bijak membeza yang mahram dan haram
Pandai memilih yang sahih dan samar
Tahu menolak yang khilaf mendekat yang benar

YA MEMANG BELUM PASTI DAN TENTU LAGI TAPI

Apa sahaja setiap kebenaran yang dicari, perintah yang lurus ditaati barangkali dan mungkin itu belum menjamin menjadi penghuni SYURGANYA yang paling indah lantaran hati yang masih berbelah bahagi dan belum cukup jernih dan terhijab.

Namun begitu, tidak menjadi satu kesalahan andai kita sentiasa berusaha menjadi manusia atau hambaNYA yang lebih baik. Ya, memang belum pasti dan tentu lagi tapi ianya satu cara, langkah dan pilihan menjadi hamba yang taat. Adalah lebih baik menurut perintah, dalam jiwa mungkin terpaksa sebahagiannya daripada menjadi manusia yang mencari damai dalam murka Tuhan. Ajarlah nafsu untuk menjadi lemah dan tunduk dengan iman, walau awalnya terpaksa kerana itu membuahkan bibit-bibit toleransi keduanya. InshaAllah. Aamiin. 

NOTA  PC  :  Ya Memang Belum Pasti Dan Tentu Lagi Tapi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama