BUAH KEDONDONG MULA DIINTAI

BUAH KEDONDONG MULA DIINTAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MERIAH BUAHNYA. Sedap ni. Rangup dan kurang masam. Ada rasa manis-manisnya. Cuma PC ni rajin makan bila rasa nak sahaja. Kalau tak.. tak juga. Tapi sesekali makan memang layan la. Alhamdulillah. 

Risiko. Zaman PC kecil-kecil susah nak tengok monyet, lotong, babi hutan. Memang susah. Mungkin hutan dan kebun masih banyak. Sana sini. Tapi sekarang harap maklum. Duduk santai dilaman rumah pun dah boleh nampak monyet, lotong, babi hutan berkeliaran tidak terkawal. Menakutkan lagi adalah. Seram. Bila dah datangnya tu banyak-banyak.

Bila tanam pokok buah-buahan sekeliling rumah atau di kebun.. risikonya ada. Dulu mungkin biasa-biasa je. Tapi sekarang musuhnya jangan cakap la. Sangat menduga kesabaran. Allahuakbar. Jangan pelik ada yang sanggup tidur bawah pokok waktu siang semata-mata nak halau monyet. Haa.

BUAH KEDONDONG MULA DIINTAI. Bila ada pokok buah-buahan yang berbuah.. bersedialah dengan serangan bertubi tubi daripada haiwan yang gemarkan buah-buahan. Haa. Sedih!. Monyet paling menjuarai. Ya Allah. Kali ni pokok buah kedondong ni lebat berbuah. Masih putik lagi tapi dah diintai. Intai dari jauh dan intai dekat-dekat pun selalu. Kita yang tengok ni kadang geram kadang geli hati. 

Kadang bila tanam pokok ni cuma modal tanah bakar, baja dan racun serangga perosak tapi manis hasilnya Allah swt ganti dengan sesuatu yang ada tapi kita tak nampak dengan mata kasar. Tapi itulah.. kena tinggi tahap kesabaran dalam diri.

NOTA PC  : ambil pengajaran.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya Allah, babi hutan pun berkeliaran depan rumah ke? Risaunyaaa. Tapi monyet pun adakala bahaya juga.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama