PASTI BERSEBAB TERLONTAR KE NERAKA

PASTI BERSEBAB TERLONTAR KE NERAKA | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum semua. Hihi. Satu kebaikkan diibaratkan dan dibayangkan dengan sepuluh ganjaran. Manakala satu keburukkan atau kejahatan balasannya juga cuma satu  itu pun setelah keburukkan atau kejahatan itu dilakukan. Betapa Allah SWT sayang dan nak sangat kita ni duduk dalam Syurga-Nya. 

Allah SWT sentiasa mahu dan tunggu taubat hamba-hamba-Nya.PC sendiri sedar, setiap hari PC buat silap namun taubatnya tidak tertanding kesilapan yang dilakukan. Allahu. Takut namun berubahnya sementara. Mahu tapi usahanya tidak sepenuh hati. Betullah syurga itu mahal sedangkan neraka itu sendiri tidak mahu menerima tetamu-tetamunya. 

Pasti bersebab terlontar ke neraka. Semua atas perbuatan sendiri. Baik neraka dunia atau neraka di akhirat kelak. Tidak boleh mengalahkan orang lain apatah lagi menuding jari. Tidak mustahil menambah neraka kita kerana orang, dan tidak aneh orang ke neraka kerana kita. Kuncinya sama-sama perbetulkan diri. Itu sahaja. 

PASTI BERSEBAB TERLONTAR KE NERAKA. Kalau Allah swt tu kejam, tiada istilah taubat untuk hamba-hambaNya. Sungguh. Kerana kasih.. Allah sentiasa buka luas-luas pintu taubat atau laluan taubat untuk kita semua.. kita ni sahaja mahu atau tidak bertaubat. Ingkar. Munafik. Syirik. Ya, itu tiket menempah neraka jahanam. Allahuakbar.

Al Quran dan sunah. Sudah ada untuk kita. Sempurna kalamullah untuk kita umat jadikan landasan hidup. Lengkap. Fikir. Jangan sia-siakan. Minta Allah beri kita kesempatan untuk berubah menjadi manusia atau hamba yang lebih baik. Sementara masih hidup. Di dunia tidak akan selamanya. Untuk berhadapan dengan kehidupan abadi, usahakan tidak menjadi isi neraka. 

NOTA PC : jangan cabar

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sama sama perbetul diri. tapi, jika ke neraka pasti akan menuding jari suami tak ajak ibadah sama , ibu ayah tak didik betul..seram bila dengar tentang ni. banyak yang kita perlu buat agak kita dan keluarga sama sama ke syurga..tak boleh lepas tangan je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama