BANYAK KEPALA NAK JADIKAN SEKEPALA

BANYAK KEPALA NAK JADIKAN SEKEPALA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MULA DARIPADA DALAM RUMAH DULU. Kemudian luaskan sikit. Saudara mara. Jiran tetangga. Masyarakat. Negara. Haaa. Lebih ramai dan luas bererti lebih mencabar dan lebih banyak dugaannya. Kena tengok satu persatu. Ikut peringkat. Tak boleh nak terus tengok atau nilai skop yang luas. 

Lebih banyak kepala. Lebih banyak buah fikiran. Lebih pelbagai prinsip dan corak yang tidak sama. Sebenarnya, nak jadikan sekepala, bukan mudah. Bukan tak boleh, cuma ada cabarannya. Sedangkan adik-beradik pun tak mudah nak disatukan. Boleh saling menghargai, boleh saling menghormati, boleh berkasih sayang tapi tidak mudah nak tetapkan pada acuan yang sama. Walaupun daripada acuan, ibu bapa yang sama. Tetap sahaja untuk jadikan 'sekepala' tidak semudah petik jari.

Ego. Prinsip. Pergaulan. Pendidikan. Menjadi dasar dan penyumbang sukarnya daripada banyak kepala mahu dijadikan hanya sekepala. Sekepala hanya pada sesetengah perkara mungkin mudah berlaku.  Titik tengah yang dicari kemudian ditemui boleh jadi sekepala mengemudi apa pun urusannya itu. Tapi tidak bermaksud segenap aspek menjadi mudah dengan segera.

BANYAK KEPALA NAK JADIKAN SEKEPALA. PC suka tengok dalam keluarga terlebih dahulu. Punca tidak ada persefahaman bererti tidak sekepala. Wajarlah. Wajar dihormati ya setiap pendapat atau idea-idea yang dikemuka. Sekepala bererti sehaluan. Bermakna boleh sama-sama. Tapi keba terima hakikat.. sekadar mana sahaja boleh sekepalanya.

Ikhlas. Tak mudah bagi pendapat PC ya. Bila pilih untuk jadikan sekepala daripada banyak kepala, memang kena ikhlas. Tentu sahaja akan ada yang rasa tidak selesa. Tentu. Ingat, toleransi itu perlu. Sabar itu mesti. Tapi tidak ada manisnya jika bertoleransi dan sabar dalam keadaan keterpaksaan. Ianya menjadi duri dalam daging. Api dalam sekam. Kudis yang menanah dan berdarah. Setiap orang ada cara masing-masing. 

NOTA PC  : sekolah pertama adalah rumah.. guru pertama adalah ibu bapa 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama