BUAH CIKU

BUAH CIKU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. LAMA SANGAT TAK MAKAN BUAH CIKU. Macam dah nak pupus la pulaknya. Dulu, keliling rumah babah ni meriah dengan pokok ciku. Lama-lama ada yang mati sendiri. Ditebang. Sekarang sepokok pun tak ada.

Beberapa hari lepas.. PC ada jugalah cakap dengan babah, "ba, tanam pokok ciku macam dulu-dulu ba..". Babah cakap ada terasa juga nak beli benih pokok ciku. Dapat tanam sepokok dua jadilahkan. Sebab pokok ciku ni pun lama-lama besar juga. Tapi tulah. Kena reda la, tanam tapi tak merasa buahnya. Cuma tengok je. Maklumlah... monyet, musang, landal dan lain-lain. Haaa.

Balik rumah mertua. Eh, ada satu bekas buah ciku. Tapi belum masak. Dah tua. Boleh peram dulu beberapa hari. Kadang tunggu masak dipokok. Tapi dalam keadaan banyak pesaing ni.. agak-agak mana buah ciku yang dah tua tu, petiklah. Basuh sampai bersih licin.  Keringkan. Masuk dalam bekas. Peram. Dulu-dulu arwah nyaie PC masukkan dalam tempayan. Susun elok-elok. Tutup guna guni bersih. PC tolong petik. Tolong basuh. Tolong lap. Tolong susun dalam tempayan.

Tolong susun dalam tempayan. Kemudian tolong makan juga bila dah masak cantik. Harum je bau buah ciku yang dah masak. Dapat yang masak elok, memang manis. Kadang ada yang masam. Fuh. Dugaan. Sekarang nak dapat buah ciku mencabar la juga. Kalau ada harganya pula. Begitulah hakikat masa sekarangkan. Bulan lepas datang harga RM17.. sekali datang lagi harga dah jadi RM25. HAAAAA. Ni contoh jelahhhh. Bukan harga buah ciku. 

PC suka buah-buahan. Suka sayur-sayuran. Mungkin ada orang kurang suka buah-buahan. Atau suka buah-buahan tertentu je. Pun ok je. Suka sejenis dua. Pun dah okey dah tu. Seronok bila keliling rumah ada pelbagai pokok buah-buahan. Sayur-sayuran. Cuma letih halau monyet je laaa. Serak suara jerit-jerit. Marah macam mana pun. Jangan seksa binatang. Ingat tu.

NOTA PC : hari-hari intai buah ciku.. dah ada yang masak ke belum
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Buah ciku kat pokok di pejabat pun dah lama tak petik.

    BalasPadam
  2. dulu2 masa dekat ofis lama, merasa makan ciku, rambutan, mangga...sekarang kat tempat kerja baru, xd dah tu semua

    BalasPadam
  3. Cari benih ciku siam
    kecik2 dah berbuah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama