ASAM REBUS KETAM SEGAR

ASAM REBUS KETAM SEGAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. IKAN BAWAL HARGA buat sakit jantung. Sekilo cecah RM300. Pun ada yang beli. Katanya ditempah untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Okay, ikan lain pun ada juga. Banyak. Pilih jelah nak beli yang mana.

Pilih punya pilih.. pilih ikan murah dan kecil-kecil. Eh, ada makcik ni datang, sambil pilih ikan.. sambil sindir kita pulaknya ya. "Apa pilih, beli ikan kecil-kecil. Kalau saya tak mainlah ikan gitu.. ikan besar mahal barulah selera saya makan.. ikan kecil level kucing makan la..".  

Alhamdulillah. Kadang tekak ni bukan boleh jangka. Allah yang gerakkan rasa dan selera. Kadang nak makan berlaukan ikan bilis goreng dengan telur mata je pun. Kadang nak makan juga yang sederhana mewah. Yang mahu dan mampu.  

ASAM REBUS KETAM SEGAR. Babah suka makan berkuah. Lauk yang berkuah. Memang daripada dulu lagi. PC faham sangat-sangat. Faham selera babah, arwah mama, en suami.. sebatas anak babah dan seorang isteri dengan izinNya juga. Setakat sampai detik ni masih sama.. kot esok lusa citarasa berubah.. wallahuaklam.

Eh lupa.. beli ikan kecil-kecil tu memang nak beri anak bulu makan pun. Babah ada beli ketam. Ketam segar dari laut Selat Melaka. Kawasan kampung PC dekat dengan laut tempat nelayan. Alhamdulillah la. Mudah juga nak dapat seafood dan ikan segar.

Haah. Babah beli ketam dengan kawan babah. Sedang-sedang je saiznya. Atas permintaan, minta PC masak ASAM REBUS KETAM SEGAR katanya. Siap bos!!. Pedas lebih sikit. Masam pun lebih sikit. Babah nak hirup kuahnya. Okay!!!. PC pun masaklah. Alhamdulillah. Letak daun singkel. Wah. Jus ketam tu manis. Syok hirup kuahnya.

NOTA PC  : hidup kita ni Allah je yang tahu macam mana perjalanannya. Jadi, janganlah mendabik dada sangat ya. Risau Allah tarik nafsu makan. Walau duit banyak. Tak boleh beli selera.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terliur pulak nak rasa ketam tu hehehee..
    Tak pernah masak asam ketam rebus

    BalasPadam
  2. Eh, kat situ ada kedai jual cili tak? Boleh cilikan mulut makcik tu. Tapi, PC mesti penyabar orgnya kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama