SELALU BERHARAP SENTIASA ADA HARAPAN

SELALU BERHARAP SENTIASA ADA HARAPAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEJUK. TAKUT bila hujan sekali dengan angin dan guruh. Bagi NEGERI JOHOR dijangka hujan hingga 7 haribulah tapi itu ramalan kaji cuaca. Manusia meramal berdasarkan kiraan-kiraan dan jangkaan tertentu. Namun kita manusia, banyak kekurangannya. Ketepatan sesuatu itu, apa pun itu.. cuma Allah swt yang lebih tahu.

SELALU BERHARAP. Selagi hidup. Tentu sahaja akan selalu berharap. Apa pun itu. Bukan cuma manusia, segenap yang ada di muka bumi tentu sahaja berharap dengan cara masing-masing. Sentiasa berharap, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt dengan cara masing-masing sebenarnya. Cuma kita sesama makhluk ni tidaklah memahami cara satu dengan yang lain. Orang yang dah meninggal pun, di alam kubur tetap juga selalu berharap. Berharap sangat-sangat apa yang ditinggalkan di dunia di manfaatkan sebaiknya supaya pahala kebaikan itu si mati nikmati di alam barzakh. Aamiin.

SENTIASA ADA HARAPAN. Jangan kata "dah tak ada harapan". Yang memiliki dan mengemudi harapan ni Allah. Harapan ni sama macam peluang. InsyaAllah selagi hidup, bernafas.. sentiasa ada harapan untuk kita semua. Sungguh!. Cuma mungkin ada yang perlu diubah atau diperbaiki terlebih dahulu. Tabiat ke. Akhlak ke. Niat ke. Banyak lagi la. Ikut diri masing-masing macam mana. Rasa putus asa akan wujud dalam diri kita. Tapi niat, semangat ini yang buat kita boleh bangkit jadi lebih baik lagi.

Berharap pada ALLAH SWT  dulu. Kemudian minta Allah swt hantar dan datangkan perantara yang sebaik-baiknya dan terbaik dalam apa jua keadaan kita. Aamiin. PC sendiri pun selalu leka. Kadang berharap atau bergantung pada manusia atau makhluk lebih tinggi dan lebih didahului. Salah sebenarnya. Ya, PC pun sedang lebih perbetul dan perbaiki diri. 

Jangan berhenti berharap kerana itu seolah-olah sedang berputus asa. Sentiasa ada harapan bagi sesiapa sahaja yang sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. PC pun ingatkan diri sendiri juga. Mudah-mudahan apa yang PC kongsi diblog ni.. jadi doa yang baik untuk PC juga. Aamiin.

NOTA PC  : selagi Allah swt izin hidup. Selagi bernafas. Selagi nadi berdenyut.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. heavy duty laptop I purchased! [Brand/Model] has exceeded expectations in durability, performance, and reliability.

    BalasPadam
  2. The texture of the beauty of joseon is divine! It absorbs beautifully, leaving no sticky residue, just smooth, glowing skin. A true pleasure to use morning and night

    BalasPadam
  3. Father's Day in Pakistan is a special occasion to honor and celebrate the influential figures in our lives. As we gear up to express our gratitude, father's day pakistan sale online provide a convenient avenue to find the perfect gift for Dad. From gadgets to grooming kits, there's something to suit every dad's taste and preferences.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama