CAKAP DENGAN LIMAU MANDARIN JUMPA LAGI TAHUN DEPAN

CAKAP DENGAN LIMAU MANDARIN JUMPA LAGI TAHUN DEPAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MALAYSIA ni multi. Agama. Budaya. Makanan. Majmuk. Menjalankan gaya hidup dengan budaya masing-masing tapi bertoleransi sesama. Alhamdulillah. Bangsa Cina baharu sahaja selesai meraikan Tahun Baru Cina. Cuti. Kita pun cuti. Dapat balik kampung. Dapat jalan-jalan. Nanti Syawal pun macam tu juga. 

Sambil pandang baki buah limau dalam kotak.

"Ada rezeki. Ada usia. Allah izin.. kita bertemu lagi ya limau mandarin tahun depan pulak.. " - PC

"Ehhh Jua cakap dengan buah limau ke..." - babah

Haah.. Hehehehe... 

CAKAP DENGAN LIMAU MANDARIN JUMPA LAGI TAHUN DEPAN. Alhamdulillah tahun ni puas jugalah makan limau mandarin. Babah beli. Bila dah habis en suami beli. Syukur. Tahun ni rasa manis buah limau mandarinnya. Tu suka makan dan rajin beli. Murah pun ya juga. Rasanya dah setahun dua juga laaa Tahun Baru Cina tak beli buah limau yang dalam kotak. Cuma makan yang kedai-kedai beri bila belanja je. Tu pun bila pegi kedai yang dah biasa pergi. Kiranya yang tauke dah kenal babah dan en suami. 

Masa mama ada.. limau mandarin ni kegemaran mama juga. Kami seronok makan. Sekarang semua dah jadi kenangan. Sungguh!. Tu yang cakap dengan limau dalam kotak. Moga-moga tahun akan datang ada rezeki rasa lagi buah limau mandarin ni. Ya-lahhh umur ni bukan boleh diteka. Sakit bukan syarat mati. Sihat bukan mampu halang ajal. Betul tak.

Mula-mula takut nak makan. Sebab batuk tak baik-baik. Babah kata, bissmillah.. makan je. Ehh izin Allah swt, alhamdulillah okay. Apa lagi.. berbiji-bijilah jawabnya. Gitu. Tapi tetap jugalah berpada-pada. Sederhana. Risau juga. Bila setahun sekali ni, terujanya lain macam gitu. Sabar je la. 

"Baik-baik nanti limaunya tiba-tiba jawab.." - babah

".... yeke ba.. kena cepat-cepat habiskan ni.." - PC 

NOTA PC  : banyak lagi kedai tak buka..


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama