AIDILADHA 1445H 2024M

AIDILADHA 1445H 2024M | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. SEMALAM HARI TERAKHIR PUASA SUNAT bagi yang berpuasa. Tidak puasa sunat tidak menjadi masalah. Kalau puasa pun tapi jadikan alasan untuk pandang rendah pada orang lain atau riak dan sebagainya pun tidak elok juga. Apa yang dapat. Lapar dan dahaga sahaja. Betul tak. Rugikan. Kejarkan ganjaran dihapus dosa setahun yang telah lepas dan akan datang, rupa-rupanya semakin bertambah dosa.

Alhamdulillah. Hari ini 10 Dzulhijhah 1445H. MasyaAllah. Jamaah haji melontar hari ini. Kita di sini sedang melunas ibadah korban. SubhanaAllah. Persendirian ke. Berkelompok ke. Rezeki masing-masing. Jangan dipersoal. Jangan asyik mempertikai. Kita tak layak untuk asyik menuding jari pada orang lain. Rezeki kita tidak sama. Ada pasang surutnya juga maka terima hakikatlah dengan hati dan fikiran yang tenang.


Tidak lengkap tidak masak-masak ketika hari raya. Aidilfitri. Aidiladha. Tentu sahaja ada juadah atau menu tertentu yang disedikan untuk dihidang dan dinikmati oleh ahli keluarga dan saudara mara. Memang cuti tidak lama tetapi waktu dan kesempatan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Aamiin. Semoga Allah swt berkati.

AIDILADHA 1445H 2024M
Ketupat segera. Waktu rebus masukkan garam secukupnya. Daun pandan juga. Harum.

AIDILADHA 1445H 2024M
Sambal goreng. Ada banyak versi.

AIDILADHA 1445H 2024M
Ayam masak kari. Campur kentang dan tomato.

Ketupat, sambal goreng dan ayam masak kari memang sudah menjadi menu utama dan mesti keluarga PC sejak dulu lagi. PC masih kecil memang inilah yang mama masak untuk raya. Sampai sekarang pun, ini juga yang PC teruskan. Macam satu kombinasi yang ngam. Bagi PC sekeluarga ya, lain orang lain selera dan kegemarannya. Betul tak?. Untuk hari-hari lain ada je menu lain tetapi untuk hari raya pertama, inilah menunya. Memang!. Esok lusa PC tak pasti tapi setakat ini hingga kini.. inilah.

Rancak ibadah korban sana sini. Alhamdulillah rezeki daging korban pemberian orang yang melakukan ibadah korban. Adakala sesekali tangan kita pula di bawah. Benarlah, dalam rezeki kita tidak semua untuk kita.. ada untuk yang lain juga. Begitu juga dengan orang lain. Dalam rezeki mereka ada rezeki untuk kita pula. Allahuakbar. Syukur selalu. Aamiin.

NOTA PC  : beberapa hari ke depan.. mood masak daging on.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sedapnyaa menu harini. Selamat hari raya PC. Jalan-jalan sini dan follow awak. Hehehe

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya. Smeoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki..

    BalasPadam
  3. Salam aidiladha PC...Nice lauk =)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama