LIMAU KASTURI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KECIL TETAPI BOLEH JADI BESAR KESANNYA. Hujung minggu. Meriah rumah mertua.. anak cucu balik. Sedikit luas kawasan rumah maka anak-anak buah ni lebih suka main di luar rumah. Itu pun jika cuaca redup. Tapi kalau dah tak tahan sangat.. panas terik pun main juga di luar rumah. Tapi kena pantaulah. Risau.
Ummi.. ummi.. (anak-anak buah memang panggil PC ummi). Adik nampak bola lekat kat pokok.. mencopong jugalah mulut PC. Dah la tu.. dia kata bolanya kecik je ummi. Macam buah yang selalu nenek buat air tu.. lagi la PC pening. PC tau mertua pc suka buat sirap limau.. kadang buat sambal tumbuk ke.. sambal belacan ke perahkan limau kasturi. Tapi ni bola pula katanya.
Haishhhhh. Meremang juga bulu roma. Biar betul. Baik-baik tengah menyapu lantai berhentilah PC. Memikir. Bila PC kata betul ke.. lagilah anak-anak ni teruja. Hujung-hujungnya PC mengalah. Ikutlah mereka ke tempat yang kata ada bola kecil lekat kat pokok tu.. anak.. anak.
Ni haaa ummi.. percaya tak. Kita tak tipuuuu.. cakap sampai tegang urat leher.. ya.. ya. Ummi percaya. Oooo ini buah limau kasturi. Memang ada dua versi limau kasturi kat rumah mertua PC ni. Ni yang kata macam bola kecil. Alahai. Kalau PC tak kata bola. Tapi macam tembikai. Kulitnya tu.
Kalau limau kasturi yang biasa ni memang bukan asinglah lagi. Sebab selalu nampak dan ada bila ada menu sambal belacan atau sambal tumbuk. Agaknya anak-anak pun dah tak pelik. Bila nampak yang lain sikit je.. gempak jadinya. Ya Allah. Meriah rasa terujanya. Bagus juga.
Itulah namanya budak. Bila nampak sesuatu yang lain dan baru.. teruja. Orang dewasa kena pantau, beri penjelasan dan nasihat ikut keperluan. Cara nak terangkan pun kena betul. Sebab mereka mewah dengan soalan kerana rasa ingin tahu tinggi.
Alhamdulillah. Selesai satu bab.
NOTA PC : sama nama tak serupa wajahnya
Tags:
Santai Peribadi


comelnya anak buah pc....bola katanya hahhahahha
BalasPadamseronok tengok tanaman subur
BalasPadamHahahah.. bola dikatanya ya.
BalasPadamWangi limau kasturi ni..alamak adik kata bol di pokok..mereka kena bagitau apa sebenar tu dek..hehehe
BalasPadam