MABUK KERONGSANG

MABUK KERONGSANG | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MASALAH KAUM HAWA BERHIJAB. Kerongsangnya ada kaki boleh pergi ke mana-mana. Kadang memang jarumnya patah. Copot. Belum lagi yang batunya, bunganya lah tanggal. Sedihnya, tanggal masa di majlis. Orang tengok je. Ni pengalaman PC sendiri ya. Aaarghhh lantaklah situ.. buat tak faham je.. dalam hati tebal muka aku. PC fobia pakai kerongsang yang ada tatah besar-besar. Bila tanggal jelas pada penglihatan. Adoii. Kalau kerongsang kecil, batunya dah ronggak-ronggak pun tak perasan sangat.

MABUK KERONGSANG

Jarumnya tercabut. Selalu terjadi ni. Lagi-lagi bila asyik menguap je. Ya Allah. Pakai kerongsang ni bukan bila pakai tudung bawal saja.. kalau pakai tudung sarung pun guna kerongsang juga. Belum lagi telekung longgar, maklumlah getah didahi tu sudah lunyai. Eh, ke PC je rasa.. semakin lusuh telekung semakin sedap dan selesa dipakai.

Ingatkan PC saja yang dilanda masalah kerongsang.. biras PC.. adik-adik sepupu.. anak saudara.. nah alami masalah yang sama. Kecil tapi sangat diperlukan.. inilah dia kerongsang. Lebih-lebih lagi waktu raya. Adoii. Menjadi isu utama juga. Tengah bersiap ada yang jerit-jerit tanya ada nampak kerongsang tak. 

Tak terduga encik suami belikan PC lima puluh biji kerongsang. Biasanya kalau PC yang beli paling banyak sepuluh biji. Ha kauuuu.. 50 biji. Nasib tak seratus biji kerongsang. Ini pun dah bersyukur sangat-sangat.  Biasalah bila buka tiktok ke.. atau shopee ke.. agak-agak mampu dan berguna untuk isterinya, kadang diam-diam dibelinya.. kadang tanya dulu suruh pilih mana yang berkenan.. alhamdulillah. Hal kecil dan sederhana sahaja tapi rezeki membahagiakan. Syukur.

Bila barang sampai, tunjuk babah. Merah mata babah. PC tahu.. mesti babah ingat mama. Sebab mama memang suka sangat beli kerongsang ni. Lagi comel lagi suka. Warna warni. Macam-macam bentuk. Kumpul dalam satu kotak.. ada yang sampai sekarang ada lagi. Jadi kenangan. Ahhhh.. rindu.. *lap air mata*. Sebelum sembab mata baik berhenti dulu. 

Jumpa dilain catatat ya. Jaga diri semua.

NOTA PC : hujan waktu senja..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Perempuan dgn masalah keronsang takkan dapat dipisahkan. Hahaha
    Cuya sendiri pon banyak keronsang tapi keronsang selalu tak tahan lama la

    BalasPadam
  2. Pandai husband PC pilih.. Cantik semuanya. Boleh dijadikan koleksi dan pengganti mana yang rosak atau hilang..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama