DUIT SYILING SERINGGIT | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MOOD MENGEMAS ON.. Bukan pc tapi babah. Babah ni sama macam mama. Bila sihat ligat saja. Menurun ke PC. Tapi bila sakit.. haaaaa orang tengok pun naik risau. Kisahnya, dah beberapa hari babah kata nak kemas tong alatan tukang. Zaman muda-muda babah aktif bertukang. Selain kerja kebun. Sekarang ni bertukang juga tapi untuk diri sendiri. Baiki apa yang rosak di rumah ni.. sikit-sikit insyaAllah boleh. Bila dulu-dulu aktif bermakna alatan bertukangnya pun boleh tahan. Pakai .. letak.. pakai .. letak. Itu yang nak kemas nak pindah dan susun dalam stor. Haaa gitu.
Selesai PC carik-carik daging ayam untuk anak bulu.. eh babah kok dah tak ada. Lesap ke mana. Rupa-rupanya dalam stor. Nampak je PC terus minta tolong angkat tong alatan bertukang yang ada dalam rumah.. angkat berdua dengan babah. Mahu terberak PC kalau angkat sendiri. Jangan cari pasal. Ya Allah. Babah siap bawa kereta sorong masuk dalam rumah. Hehehe. Babah pun tak kuat juga. Itu pun separuh peralatan dah dikeluarkan. Kurang sikit beban. Gitu.
Selesai angkat, bermulalah asingkan peralatan satu persatu. Ikut jenis. Cuma PC ni bila mengemas dengan mama ke dulu-dulu.. sekarang dengan babah, hati mudah rasa sedih. Sebab tak lepas daripada mulut babah.. "babah dah beli, jaga.. pakai cermat-cermat.. bila babah dah tak ada nanti sikit-sikit dapatlah pahalanya bantu babah kat SANA.. mama pun pesan gitu jugakan..". Jawabnya memang PC telan semua kata-kata. Kalau buka mulut je jawabnya memang hujan tak turun.. air mata PC turun dulu. Halah.
Redakan rasa dihati. Masuk dalam rumah sekejap. Minum dulu. Eh tiba-tiba babah panggil.. "Jua.. Juah sini, tengok ni babah jumpa apa?..". Teruja PC. Padahal masih ada rasa sayu hati lagi. Tadaaaaaa.. duit syiling seringgit dulu-dulu. PC ni kalau benda-benda ginikan jakun. Bila babah tunjuk teruslah terbelek-belek. Tengok depan belakang. Tenung. Baik-baik nak tolong babah terus duduk di anjung rumah. Eh tak lama babah pun ikut juga. Rehat dulu, esok sambung katanya. Pulak langit dah gelap. Tunggu masa hujan turun. Betul. Hujan turun selebat-lebatnya.
Babah dapat duit-duit ni masa babah kerja dulu. Ada yang babah beli. Ada yang kawan babah hadiahkan pada babah. Sebahagian besar babah dapat daripada kawan-kawan kerja. Setiap satunya ada kisah dan memori yang indah dan berbeza-beza. Jadi, bila tengok satu persatu akan ada kisahnya. PC dengar babah cerita. Ada yang gembira. Ada yang sedih. Kenangan. PC ambil gambar. Masukkan dalam blog. Nanti-nanti satu waktu jika diizin Allah swt boleh diulang tengok. Aamiin.
NOTA PC : unik
Tags:
Santai Peribadi





banyak versi juga ya syiling seringgit ni. kita masa kecik dulu guna yg syiling warna emas tu haha
BalasPadamBernilai tinggi syiling ni sekarang.
BalasPadam