SETELAH BERKALI-KALI MEMOHON

SETELAH BERKALI-KALI MEMOHON | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. REZEKI TIDAK PERNAH SILAP. TIDAK JUGA LAMBAT ATAU CEPAT. Allah swt akan realisasikan pada waktu yang tepat. Alhamdulillah. 

SETELAH BERKALI-KALI MEMOHON

SETELAH BERKALI-KALI MEMOHON

Berurusan dengan pihak-pihak tertentu tidak mudah. Ya, manusia yang mengurus segenap aspek. Peruntukan. Pengurusan. Bahasa mudahnya makan masa dengan pelbagai alasan. Bila manusia yang mengurus, tidak ada yang tidak beralasan. Alasan yang biasanya macam tidak boleh diterima. Namun ini hakikatnya kecuali dipertemukan dengan orang yang benar-benar lurus dan tulus hatinya melunas kerja atau tanggungjawab yang digalas.

Jambatan kampung untuk seberang parit benteng ni ada banyak kontroversinya. Sebelum lebih jauh.. ini di kampung belah mertua PC. Rasanya isu jambatan ni dah hampir 10 tahun. Ya Allah. 2026 baru diperbaiki. Diganti dengan yang lebih baik sedikit. Walau yang diminta lain yang dapatnya lain.. tidak mengapa.. syukur dah tu sangat-sangat. 

Sebelum jambatan dibaiki.. sepupu en suami dah terjatuh sekali dalam parit ni. Bersyukurnya air surut saat itu. Parit dipenuhi teratai. Entah macam mana.. memang sedia maklum jambatan tu dah uzur tapi ada warga kampung tolong baiki sikit-sikit.. ganti kayu dan papan elok sikit, jadi boleh la lalu. Pada hari kejadian, abang sepupu en suami pun lalulah.. naik motor, seberang nak pergi memancing ikan.. takdir Allah.. kayu pada jambatan patah lagi.. tersangkut motornya, orangnya tercampak dalam parit. 

Pergi manusia balik rumah zombie. Sorang-sorang dia.. perlahan-lahan naik.. tarik motor. Hidupkan motor naik, pecut balik. Sampai rumah, isterinya dalam dilema, nak sedih atau nak ketawa terbahak-bahak. Isterinya pilih ketawa terbahak-bahak sebab satu badan diselaputi lumut dan teratai.. tinggal muka nampak kulit bersih. Syukur tiada kecederaan.

Siapa pun yang menerima amanah.. lunaskan sebaiknya. Siapa pun yang sedang menikmati rezeki syukuri dan jaga sebaik-baiknya. Sama-sama demi kemudahan bersama jangka masa panjang.

NOTA PC : mudah bila memudahkan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah... Selesai juga ya. Tp nak ketawa juga baca yg pergi manusia, balik zombie... Hahaha... Lawak lah PC ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama