SEDERHANA SAJA

SEDERHANA SAJA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. JUMAAT. Sejuk. Awal pagi sebelum subuh menjelma hujan turun berserta angin yang kuat. SubhanaAllah. Syukur sebab dah lama tak hujan. Tapi takut bila ada angin kuat sangat. Sekarang jerebu, semoga Allah swt turunkan hujan sedikit sebanyak membersihkan ruang udara yang dicemari jerebu. SubhanaAllah. 

Batuk dan selesema mula mendampingi PC sekeluarga. Mula-mula PC. Batuk dan selesema ni memang mudah jangkit maka disambung en suami dan babah seterusnya. Rasa bersalah pula. Kesian mereka. Ya Allah. Badan rasa tak sihat, banyak urusan tergendala. Mood pun mula simpang siur. PC masak pun cari yang mudah je la. 

SEDERHANA SAJA

SEDERHANA SAJA

SEDERHANA SAJA

SEDERHANA SAJA

Sederhana sungguh ni. Kalau ikut babah punya cara.. "asal kenyang alhamdulillah..". Begitu juga en suami.. "rezeki yang Allah swt beri syukuri.. ". PC selalu ingat pesan mama, masak niat kerana Allah.  Makan ala kadar. Mungkin mama belajar daripada pengalaman. "Baik ma.."

Sederhana saja. Semoga dalam sederhana ini ada sedkit pahala untuk digunakan pada kehidupan akan datang. Aamiin. Mencari keberkatan hidup tak mudah. Akan selalu ada dugaannya. Sungguh.

Tapi percayalah, dengan kesungguhan kita Allah swt pasti beri dan permudahkan. Cuma jalannya kita tidak tahu.

NOTA PC : semoga hujan lagi.. aamiin

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama