UJIAN POSITIF DARIPADA ALLAH SWT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BILA SEBUT UJIAN terus terfikir masalah, musibah, dugaan, bala dan sebagainya. Singkat katanya adalah yang tak seronok. Ujiankan, sebut je pun dah menarik satu rasa ke arah negatif sebolehnya nak dielak atau dijauhi sungguh-sungguh gitu.
Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang belum tahu, mungkin tahu tapi buat-buat tidak tahu bahawa ada ujian positif daripada Allah swt juga kepada kita. Ini yang sebenarnya lebih berbahaya kalau difikirkan kerana hujungnya boleh menjerumuskan kita jadi negatif.
Jujurnya PC takut sebab bila ujian dalam bentuk musibah itu memang jelas PC nampak dan tahu. Perlahan-lahan ubah dan perbaiki diri mana yang sangat-sangat perlu. Tapi bila ujian yang Allah hadirkan dalam bentuk nikmat, serius dia punya rasa takut tu lebih. Sebab tidak ada manusia menolak nikmat tapi berapa ramai manusia yang tidak kufur nikmat. Berapa ramai manusia yang sedar bahawa perkara positif yang Allah beri dan pinjamkan itu adalah juga ujian besar untuk kita.
Ujian positis daripada Allah swt. Ada banyak sangat. Tidak mampu untuk PC hitung setiap satu perkara baik yang Allah telah pinjamkan dan amanahkan kepada PC. Tak mustahil lebih banyak yang kurang disyukuri, berbanding disyukuri. Allahu. Risau. Risau belum betul-betul taubat dah mati.
Kesenangan dan kemudahan. Banyak sangat sana sini. Perasan tak?. Hargai tak?. Ini salah satunya ujian positif atau dugaan yang dihadirkan dalam keadaan baik kepada kita. Owh, perkara baik pun ujian ke?. Haah. Bagi PC ya, untuk pandangan orang atau individu lain PC serahkan hak masing-masing untuk menilai ya.
Macam tu jugalah dengan kesihatan. Memiliki kadar kesihatan yang baik, pun bentuk ujian positif. Apa yang dilakukan dengan kesihatan yang baik. Banyak buat perkara sia-sia atau banyak ibadah dan buat perkara baik-baik. Lebih bantu orang atau lebih aniaya orang. Atau mungkin gunakan kudrat yang ada sesuka hatinya sahaja. Ikut mood.
Ilmu dan kepintaran. Ada orang berilmu tapi salah guna ilmu pengetahuan yang dipinjamkan kepadanya. Ada orang memang dia gunakan ilmu pengetahuan yang dipinjamkan ke jalan yang baik kerana Allah swt. Macam tu juga pintar. Pintar yang mana. Pintar putar belit atau pintar lurus tulus. Ilmu, kepintran, kemahiran dan apa pun keistimewaan yang dimiliki merupakan ujian dalam bentuk hal positif daripada Allah swt kepada hamba-hambaNya. Jadi jangan perasan owh ini semua atas usaha sendiri semata-mata ok. Kalau Allah swt tak izin, tak jadi juga.
Ingat, makan ubat jika berlebihan tetap sahaja menjadi racun dan menimbulkan penyakit lain. Ubat itu positif. Untuk merawat penyakit. Mengurangi risiko kesakitan. Tapi khilaf percaturan membawa padah. Begitu juga pada setiap perkara positif, kalau kita lalai seterusnya hanyut iman dan taqwa tidak akan terurus. Boleh jadi riak, ujub dan sebagainya.
NOTA PC : Jangan hanyut dengan nikmat.
Tags:
Santai
apa pun ujiannya tetap lah bersyukur dengan yang maha Esa.
BalasPadamTersentuh hati kita PC. Kena sentiasa bermuhasabah bila ditimpa ujian atau musibah.
BalasPadambetul, yang indah itu ujian, yang kurang itu pun ujian...tinggal kita saja yang mahu syukuri atau muhasabah atas segala yang indah mahupun yang kurang..
BalasPadam