SELAMAT DATANG 2026 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selamat berlabuh 2025. Mewah dengan warna dan lakaran. Pahit. Manis. Bahagia. Duka. Hidup mesti diteruskan. Pelbagai situasi ditempuh.. mungkin rasa bagai sudah tidak mampu menempuh tetapi semangat yang akan menjadi landasan dan laluannya. Bissmillah.
Dan;
Sudah masuk hari pertama. Hari ini. Alhamdulillah. Masih biasa-biasa. Cuma hari ini rezeki encik suami dapat beli telefon pintar baru. Setelah hampir 10 tahun dengan telefon yang sebelum ini. Ya Allah. Oleh kerana memang betul-betul dah tak boleh diperbaiki maka kenalah beli yang baru. Sebelum ni sudah beberapa kali diperbaiki. Memang sudah sampai masa.
365 hari ke depan.. takdir hidup yang telah Allah swt tentukan. Malahan sebelum bumi ini dicipta pun. Takdir hidup PC dan kita semua sudah tercatat. Cuma sekarang ni.. kita nak reda atau tidak.. kekal begini atau mahu ubah nasib dan takdir. Ikhtiar sedikit sebanyak boleh mengubah takdir. Sebenarnya, memang takdir yang boleh berubah dan diubah itu pun telah tersedia untuk kita. Cuma tunggu Allah swt gerakkan hati kita sahaja.
Biasa-biasa sahaja. Tidak dan jangan terlalu teruja. Tapi konsisten. Ya, senyap-senyap istiqhomah. Diam-diam berhasil tapi tetap sederhana dalam segenap aspek kerana mahu mematahkan rasa riak dan ujub tidak mudah. Mulut lain. Hati lain. PC ingatkan diri sendiri. Ini juga pesan mama. Babah kata..."ada waktu kumpul harta dunia.. sampai masa harta dunia yang dikumpul tukar jadi pegangan saham akhirat pula.. ". Cairkan pada jalan yang betul. InsyaAllah selamat.
Jika pernah jatuh, bangkit. Jika pernah tersakiti, pilih menjauh. Jika pernah gagal, ingatlah selagi bernyawa pilih untuk tetap mencari jalan di mana punca reda Allah swt yang banyak. Terus bersemangat.
NOTA PC : pilih menjarak.. malas layang perangai manusia yang toksik
Tags:
Santai Peribadi
.heic)