PILIHANRAYA NEGERI PUNYA CERITA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KISAH MINGGU LEPAS. Kenapa sudah lewat seminggu baru terhegeh nak dicatat di sini. Eh, mengapa tidak. Huhu, sebenarnya lepas mengundi PC, en suami dan babah kurang sihat. Agaknya terlalu teruja nak mengundi. Ya.. PILIHANRAYA NEGERI JOHOR. 11 JULAI 2026. SABTU minggu sudah tapi bahangnya masih terasa. Bahang sebab gembira dan bahang sebab sedih. Mana-manalah yek.. Ada yang gembira bersyukur dan ada yang sedih kecewa.
BUKAN GILA MENGUNDI TAPI JALAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGA NEGERI DAN WARGANEGARA. Bila Negeri Johor mengadakan pilihanraya untuk dewan undangan negeri, mengapa tidak PC warga Johor menyumbang undian salah satu mana-mana parti yang bertanding. Nanti bila ada lagi pilihanraya untuk parlimen pula pun PC jalankan tanggungjawab yang sama. Sihat, tidak ada apa-apa masalah kami datang mengundi. Semangat warganegara. Janganlah sempitkan fikiran. Jangan. Serahkan pada DIA YANG MAHA.
SETIAP UNDIAN SANGAT-SANGAT BERERTI DAN BERMAKNA. Pada negeri. Pada negara. Pada waking rakyat. Pada rakyat terutama. Undian kita hak kita tapi melibatkan banyak pihak. Nampak kecilkan?. Sebenarnya tidak. Siapa yang PC sokong PC kecilkan sudut pandang. Soal dia buat kerja atau tidak kemudian hari, itu dia dengan Allah swt. Kepada semua wakil rakyat, rakyat sudah beri kepercayaan. Diiringi doa. Selebihnya susun strategi dan rentak lunas amanah. Ingat, kena jawab depan Allah swt nanti ya.
Beberapa hari sebelum..
Babah : selalu bila pangkah maksudnya salah, tolak, tak setuju atau red flags kan... tapi bila mengundi, calon suka sangat sebelah nama dia di pangkah.. yang tak dipangkah kecewa bukan main.. hahahaha
PC : unik kan.. sebenarnya bukan pangkah tu tapi huruf X.. babah pangkah yang mana?
Babah : *buat isyarat diam*.. syuuuuhhh.. *letak jari pada mulut..*
PC : kenkonon mengundi rahsia.. hurmmmm.. cewahhh.. kan babah dah cakap nak pangkah apa..
Babah : alah.. tercakap pulaknya..
Malam sebelum.. masing-masing tidur lewat. Mana tidaknya sana sini situ buat siaran langsung dimedia sosial. Sebelum tu kami ni layan perang bendera sana sini.. meriah. Macam-macam ragam ada tengok orang pasang bendera.
11 JULAI 2026. SABTU
En suami pesan, bersiap awal. Gerak awal. Kenkonon cepat pergi cepat balik. Awal pagi tak ramai orang. Tapi cuaca lain macam. Awal pagi, mendung macam waktu maghrib. Aaaaasudah.. pulak kami mengundi didua pusat mengundi yang berbeza. En suami kata hantar PC dulu. Beres bos. Sanggup tak sarapan. Balik mengundi baru sarapan. Nahhhhhh.. lets goooo. Sampai tempat PC mengundi. En suami tunggu dikereta. Maklumlah tempat mengundi tu sekolah kebangsaan PC.. ngeri tengok langit. Cepat-cepat menuju tempat mengundi en suami.. nahhh, belum apa-apa hujan selebat-lebatnya.. cabaran utama bukan hujan tapi tempat nak parking kenderaan.. di sekolah juga.. dapat parking.. takdenya berpayung bagai.. tutup kepala guna tuala.. PC belum habis cakap, en suami dah masuk pagar sekolah.. eh.. eh.. eh.. hilang. Babah biasalah.. santai je.. nak pergi sendiri.. pergi ngeteh dulu dengan kawan-kawan.. tapi tetap keluar awal pagi. Alhamdulillah selesai.
Negeri Sembilan menyusul. Semoga semua lancar. Dipermudahkan. Aamiin.
NOTA PC : semua kita serahkan pada DIA YANG MAHA
Tags:
Santai Peribadi
