MINTA BERULANG KALI JANGAN BOSAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ORANG YANG SOMBONG ADALAH ORANG YANG TIDAK MAHU BERDOA KEPADA-NYA. Tapi Allah swt baik sangat-sangat sebab, walau kita ni malas berdoa.. tetap diberi rezeki. Percaya tak?. Masih diberi nyawa. Masih boleh melihat. Mendengar. Baikkan Allah swt. Walau kita kadang lupa bersyukur.
![]() |
| Memang tidak boleh dipadam tapi boleh diganti dengan bersungguh-sungguh taubat. |
MINTA BERULANG KALI JANGAN BOSAN. Bila minta dengan manusia biasanya sekali dua masih manis muka. Masuk tiga kali tak mustahil kena sembur. Mungkin ada yang baik dan tak kisah pun.. tapi kadang susah nak jumpa. Kadang minta lagi dan lagi memang depan kita okey.. tapi belakang lain pula ceritanya. Lagi pedih kalau ada yang menyampaikan.. ya Allah. Sedih sangat-sangat. Ada je yang depan belakang memang baik. Ada!. PC kongsi ni berdasarkan pengalaman.
Hal sekecil apa pun minta dulu dengan Allah swt. Nanti Allah swt beri petunjuk dan bantuan dengan cara yang terbaik. Tapi janganlah terus tak usaha, pun Allah swt tak suka juga. Usaha tu ada nilai tambahnya. Doa jangan bosan. Usaha pun jangan bosan. Biar sekali jalan.
Mungkin bagi sesetengah orang, alah.. doa je pun. Bukan apalah sangat. Aku yang usaha itu ini. Aku lebih tahu lebih usaha lebih segalanya. Eh, pernah terfikir tak, tidak 100% yang berhasil pada diri dan keluarga kita ini adalah hasil doa dan usaha kita dan keluarga kita sendiri. Terfikir tak, boleh jadi anak-anak kita terang hati belajar, urusan kerja kita lancar, rezeki kita selalu ada.. kerana doa-doa orang sekeliling kita. Terfikir tak??. Jangan sombong!. Banyak hal kita tidak tahu.
Banyak kurangnya kehidupan kita. Banyak cacatnya doa-doa kita. Jujur, PC sendiri rasa, banyak doa-doa PC belum diangkat sebab PC masih lagi buat dosa. Dosa ni ada dua. Dosa kecil. Dosa besar. Kalau yang besar dapat dielak.. mungkin sangkutnya pada dosa kecil. Walau kecil tapi dah kalau kerap buat.. ehhh masalah juga. Tak gitu.
Setiap hari baiki diri semoga doa-doa yang ada kurangnya jadi lebih berkualiti. Mungkin betulkan bahasanya. Pilih perkataannya. Paling penting niat berdoa itu bagaimana. Hati. Ya, hati kita macam mana.
NOTA PC : termenung memikirkan sesuatu sampai lupa setelah usaha tawakal hujungnya.
Tags:
Santai Peribadi
