<<- MaAf ->>


Maafkan Aku..Allah Fahami hambanya..
assalammualaikum ..

apa khabar kalian yang singgah membaca entry ini..sht?alhamdulillah..tidak kira bangsa,agama mahupun budaya..besar kecil,tua muda,kaya miskin,kerabat mahupun orang kebanyakan..pastinya setiap orang melakukan kesilapan sama ada besar ataupun kecil..sama ada sengaja atau di luar kesedaran kerana kadangkala rasa marah itu diluahkan tanpa kita sedari..

namun ungkapan MAAF itu meredakan kegusaran hati..tidak kira sama ada berada pada keadaan apa sekalipun..berada di pihak yang benar..atau sememangnya melakukan kesalah,,memohon maaf itu adalah yang terbaik..satu perkara yang kita rasakan benar..tapi tidak bagi pihak lain..begitu juga sebaliknya..sesuatu yang kita rasakan salah..tapi benar atau betul bagi pihak yang lain..

di sini bermulanya percanggahan pandangan..selain itu khabar angin atau menerima info yang tidak tepat daripada orang tengah juga menyebabkan salah faham timbul..lagi-lagi la jika orang tengah itu menjadi nasi dan lauk tambah..hehehe..habislah..hati yang sejuk boleh jadi panas..perkara yang kecil boleh jadi besar..di sini kebijaksanaan kita harus dipraktikkan..dengar,,faham dan nilai sebaik-baiknya..perhalusi terlebih dahulu supaya tidak timbul syak wasangka..

bijak dalam mengendalikan emosi menunjukkan seseorang itu matang..jika satu situasi di mana ada pihak lain memarahi kita atau kita memarahi orang lain pastinya ada sesuatu yang tidak kena..sama ada kita atau pihak lain telah melakukan kesilapan..mana mungkin memarahi tanpa sebab..itu lumrahnya..marah pasti bersebab..sifat manusia ni,,bila tidak pernah ditegur,tidak pernah dimarah dan tidak pernah dinasihati,,orang itu akan rasa semua tindakan dan percakapannya betul belaka..padahal..alahai fikirlah sendiri ye..

tidak salah mahu marah atau menasihati..tetapi biarlah berhemah..kalau tak nanti ada pula hati yang sentap..hahaha..dah merajuk..ada pelbagai cara pamerkan kemarahan atau ketidak puasan hati..ada yang mendiamkan diri saja bila sedang marah sampaikan muka dan telinga menjadi merah kerana menahan kemarahan,,ada yang menjerit-jerit mengalahkan penyanyi rock,ada yang hempas barangan termasuklah hempas anak..nauzubillah..

ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar..dan yang amat..amat.amat dikesali bila melepaskan perasaan marah itu meminta bantuan jin dan iblis untuk membalas dendam pada pihak lain..astargfirullahalazim..Rasulullah  juga melakukan kesilapan..Allah tetap menegur baginga dengan menurunkan wahyu(ayat Al-Quran) sebagai peringatan dan teguran..hakikatnya orang yang meminta maaf dan memaafkan orang lain adalah orang yang bersih hatinya dan hebat keimanannya kepada Allah..lenturlah kemarahan itu dengan wudhuk,solat dan membaca Al-Quran..salah satu dosa besar adalah apabila memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin..

Wassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. satu lg manusia sekarang suka rasa bangga bila dapt marah seseorang.. rasa mcam diri tu dah besar sgt. sedangkan kat sisi Allah orang yg macam tu la paling kerdil di sisi-Nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakalanya keegoan menguasai diri..mudah hilang pertimbangan..banyakkan beristighfar dan berzikir moga hati mudah dilentur..amin..

      Padam
  2. dah lumrah manusia wak...so kena ingat meningati sesama kita..kalau ada silap tolonglah tegur kan~~~tp manusia ni kengkadang tu tak dpt nak terima teguran so kena pandai cari kaedah~~nice entri

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la mr krole..tidak semua boleh menerima tegiran..dan tidak semua juga mampu memberi teguran dengan hikmah..moga kita sentiasa muhasabah diri :)

      Padam
Terbaru Lebih lama