Bissmillahirahmannirahim,,
Assalammualaikum semua..
Harap semua berada dalam keadaan sejahtera..gembira..yang sedang bercuti bersama ahli keluarga dan anak-anak..selamat bercuti..walaupun bergembira,jangan lupa tanggungjawab kepada Allah..solat,,disamping mendoakan kesejahteraan saudara kita yang sedang menerima ujian daripada Allah SWT..
saudara seagama kita sedang berjihad bertarung nyawa,mencari tempat perlindungan di muka bumi Allah ini..salurkan la bantuan mengikut terdayanya kita dari bumi Malaysia..dan sekecil-kecil bantuan adalah dengan menyalurkan doa melalui solat kita..berdoalah supaya semuanya segera berakhir..semoga mereka mendapat nur keamanan..
masyaallah apalah dosa kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa..apalah salah dan silap orang-orang dewasa dan warga tua..di mana letaknya rasa kasih dan sayang,simpati dan belas ikhsan yang sewajarnya ada pada sekeping hati..subhannallah..melihat penderitaan mereka sudah cukup buat kita turut menitiskan air mata..hancur dan luluh hati ini..Ya Allah bebaskan mereka daripada kekejaman ini..
bersyukurlah atas nikmat keamanan yang Allah kurniakan kepada negara kita..sama-samalah kita pelihara..penindasan demi penindasan..setiap hari..setiap masa dan setiap detik hati dipenuhi derita,ketakutan dan sengsara dunia..segalanya telah Allah aturkan..mereka berjuang,,mereka terkorban..dan Allah janjikan mereka syurga..
betapa deritanya mereka..ibu kehilangan anak,isteri kehilangan suami,adik kehilangan abang,,mereka kehilangan tempat berteduh,,darah merah mengalir bak anak sungai..di depan mata mereka meratapi apa yang terjadi..Allah..Allah..Allah..namun sangat bahagianya mereka di sana..di syurga Allah..apa yang sebenarnya pihak sebelah mahu dan inginkan..kepuasan?kegembiraan?kesenangan?kebahagiaan?kekayaan?apa sebenarnya..hinggakan tergamak mengorbankan nyawa tidak berdosa..sewenang-wenangnya..sesuka hati?!!..
benarlah bila hati sudah mati tiada apa lagi yang mampu menjadi benteng untuk mengawal hasutan nafsu..bila hati mati..akal tidak lagi dapat berfungsi dengan waras dan wajar..walaupun satu dunia mengecam,walaupun satu dunia menyisihkan ianya langsung tidak berbekas sedikit pun kepada mereka..lagi dan lagi..terus dan terus mereka melakukan kekejaman..
bahagian mereka juga telah Allah sediakan..masanya juga akan tiba..nantikan..Allah juga memberinya secara percuma..mungkin lebih azab daripada apa yang penghuni GAZA lalui dan tempuhi..sabarlah penghuni bumi GAZA,bertahanlah kerana Allah sedang meninggikan darjat kalian semua..
Allah telah sediakan tempat yang paling indah untuk kalian juga..kesakitan hari ini yang kalian terima adalah terlalu sedikit jika di bandingkan dengan nikmat yang akan kalian terima daripada Allah nanti yang amat besar sekali..setiap apa yang berlaku ada manfaatnya..mungkin juga Allah mengizinkan perkara ini berlaku untuk memberi pengajaran dan panduan kepada pihak lain,orang lain juga negara lain..
sesungguhnya Allah itu sangat luas ilmunya..kerana DIA yang merancang dan menyusun segala-galanya..sangat tersusun,rapi dan tidak sekali-kali sia-sia..kewarasan yang kita ada ini gunakanlah untuk membuat penilaian sebaik-baiknya,,jadikan panduan dan pedoman..bukan sekadar ungkapan simpati di bibir semata-mata..lakukan anjakan paradigma walaupun perubahan itu hanya mampu dilakukan bermula daripada diri sendiri saja terlebih dahulu..itu juga sudah memadai daripada langsung tidak merasai kesan atas apa yang terjadi..
muhasabah diri..belajar mensyukuri nikmat kurniaan ILAHI..kerana nikmat itu sekadar pinjaman daripadaNYA..jangan kerana kerakusan kita nikmat itu Allah ambil semula hinggakan insan tidak berdosa turut berasa sengsara..wanauzubillah
..kadangkala kesenangan,kemewahan dan keselesaan yang kita miliki kini menjadikan kita lupa dan alpa..jangan..tak usah begitu..
wassalam