Tidak Nampak Salahnya Di Mana

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

TIDAK NAMPAK SALAHNYA DI MANA || Antara syarat bagi kaum wanita..isteri hendak masuk ke syurga..taat pada suami..taat pada Allah..kalau anak redha Allah apabila redha kedua ibu dan bapanya..isteri pula sangat memerlukan redha suaminya..taatlah selagi mana suami itu tidak membawa isteri ke jalan yang sesat dan dia sendiri tidak lakukan perkara yang mungkar..*sesat ketika memandu tak jumpa jalan yang nak dituju tu lain ok..no..no..no*..ke arah yang bertentangan dengan syariat yang ditetapkan..*kalau suami tu yang dok galak isteri buat perkara tidak sewajarnya..berbincanglah molek-molek..minta nasihat pada pihak yang sewajarnya..janganlah pulak minta pandangan dengan yang 2x5..5x2..musnahlah jawabnya..*

Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab.. 

Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang
 
(Hadis riwayat Al Bukhari)

Saling redha meredhai..tidak jatuh pun martabat suami andai menghulur bantuan pada isteri atau seisi rumah..tapi si isteri..jangan pula naik lemak berkrim disukai ramai ambil kesempatan dalam keseronokkan..bila suami minta tolong..silalah cepat cepat buat..bertindak..janganlah itu jam buat-buat sakit..padahal baru lepas joget poco-poco dengan geng sekroni..memenuhi permintaan suami itu juga tanda taat..*wah PC ko cakap bukan main..macam bagus sangat..hahaha..*

PC selalu cakap dengan en suami..."saya nak masuk syurga..kalau saya buat silap tegurlah..jangan marah..bila sayang marah saya takut saya semakin jauh daripada syurga"

en suami cakap kenapa pulak?.."sebab bila kena marah saya merajuk..merajuk silap cara boleh jadi derhaka...jangan kata syurga..bau syurga pun saya tak merasa nanti..."
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Padahal jika melihat dari kehidupan sehari-hari yang dilakukan oleh Rasulullah, pastinya kehidupan kita akan aman dan tentram :) Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang beruntung, amien :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. percakapan..perbuatan asulullah SAW adalah sunnah..sayangnya kebanyakkan kita pilih sunnah untuk kepentingan diri..untuk selamatkan diri..sunnah yang paling famous ialah lelaki yang mahu beristeri lebih daripada seorang..sedangkan banyak lagi sunnah lain yang perlu dihayati dan diamalkan.. :)

      Padam
  2. Alhamdulillah ...Tq Jua ..satu perkongsian menarik untuk kita2 yang bergelar isteri..Ingat tu ..jangan derhaka pada suami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak..PC pun bukan golongan isteri yang ma'sum..itu cuma isteri isteri Rasulullah SAW..tapi hari demi hari bertatih perbaiki diri..amin :)

      Padam
  3. terkelu kejap.. walaupun saya belum berkahwin tapi entri nie banyak memberi kesan sebenarnya..Terima kasih PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. in sha Allah UY boleh jadi isteri yang solehah satu masa nanti..amin.. :)

      Padam
Terbaru Lebih lama