Alahai Ringan Sungguh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

ALAHAI RINGAN SUNGGUH || Menilai.Sikap suka menilai itu ada pada setiap orang termasuklah PC ya..walaupun sering diingatkan jangan menilai pada luaran semata..nampak tak cepat jekan nak bagi markah..ringan sahajakan hati tu berkata-kata dan mentafsir..tapi dah sah-sah luaran yang kita nampak dulu..makanya tidak dapat tidak pandangan kali pertama itulah ada antaranya mengambil peluang dan kesempatan membuat kesimpulan.Bagaimana pun kesimpulan itu cukup sekadar untuk pengetahuan diri sendiri selanjutnya dalami dan kenalilah terlebih dahulu. 

Ringan mulut.Lain orang lain perwatakkannya..ada macam-macam karenah..ada yang perlu tunggu berjam nak dengar sepatah perkataan keluar daripada mulut dia..rasa kalau dengar dia boleh mnyembang tu terus nak rendam pulut masak pulut kuning sedekah kat jiran-jiran gitu kekdahnya..sanggup pergi pasar beratur beli ayam kampung masak rendang..hihihi..melampau tak..😋..ada juga yang tak perlu kita tanya berdas-das dia tanya kita...belum sempat jawab dah tanya lagi..pergi mana-mana..jumpa siapa pun eh pun boleh jadi..ringan mulut sangat..tapi jaga-jaga..ringan mulut itu bagus..meriah..mudah dapat ramai kawan..dengan syarat pada hal sendiri tak apa..yang apa-apa tu bila ringan mulut hal orang lain..hui..bahaya sangat..ngeri.

Ringan tulang.Rajin,siapa tidak suka pada orang yang rajin..baik lelaki mahupun wanita..baik dewasa atau kanak-kanak..walaupun basuh pinggang sebiji dik..depan tetamu pulak tu..mencanak-canak ranking naik sebab kena puji..kalau layang-layang tu ibaratnya tengah terbang tinggi terus gunting talinya..kalau tak terlanggar burung gagak ke..burung helang ke..haaa mahunya mencecah awan..hihihihi..begitu juga kita..kalau tidak dicubit ketiaknya sikit mahu pinggan mangkuk bersih pun angkut masuk sinki cuci semula..hahaha..bagus-bagus..biar ringan tulang jangan ringan tangan..

Ringan poket.Ada rasa mudah simpati itu bagus.Tanda jiwanya basah iman dan mewah dengan kasing sayang..alhamdulillah..bila mana tangan kanannya sentiasa ringan untuk memberi itu bermakna ringan juga poketnya untuk mengimfakkan sedikit daripada rezeki yang dimilikinya..syukur..setelah satu poket itu disalurkan pada maruf..jangn pula poket-poket yang lain juga menjadi ringan disalurkan pada perkara-perkara yang tidak sewajarnya..ya ringan poket itu banyak lorongnya..hati-hati jangan sampai perginya ke lorong yang gelita.

Semua perkara yang bagus itu wajar terapkan dalam diri sebolehnya sedari kecil lagi..sedari rebung ibaratnya..sentiasa dikekalkan..dan harus dipraktikkan di mana sahaja berada..namun setiap perkara baik itu harus bersempadan supaya ianya tidak mengundang prasangka dan fitnah yang mengaibkan.Jadilah orang baik yang tidak mengaku baik dengan mendiamkan diri kerana hanya orang jahat seringkali mengaku dirinya baik demi meraih kepercayaan orang lain.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC,

    Akak biasa menilai org yg kita nampak dan ada kaitan dgn akak. Akak akan menilai org biasanya setelah beberapa kali jumpa.. Kalau dilihat perilaku yg sama mgkn akak akan simpulkan begitu.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam kak LZ.
      Betul kak...kadang sekali kita tak boleh baca lagi wataknya bagaimana kan...hihi.. :)

      Padam
  2. AMBIL SIKAP YG BAIK UTK DIJADIKAN SIFAT DIRI

    BalasPadam
  3. sentiasa perbaiki diri dan jadilah yang terbaik :)

    BalasPadam
  4. Betul tu kak, ringan mulut tegur orang semua bagus, merapatkan silaturrahim. Tapi kalau ringan mulut menjaja cerita orang itu tak bagus sama sekali. Pandai-pandai menilai mana satu yang baik dan buruk untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  5. Kaklong tak ringan mulut, tak pandai.. Teringin juga nak beramah tamah seperti orang lain..
    Tapi tu la, takde idea nak tanya apa...

    BalasPadam
  6. Wkmsalam.
    Ada juga yang 'ringan kaki' maksudnya kuat merayap/melenjan.

    BalasPadam
  7. sama2 lah berusaha menjadi yang terbaik.. suka jgk ringan mulut ni sebab bila ringan mulut dgn orang..beramah mesra.. rasa seronok dan bertambah2 kenalan

    BalasPadam
  8. satu perkongsian yang baik...yang dalam bahasanya...mudah difahami..

    BalasPadam
  9. Ringan tangan hulur bantuan... ada juga kawan macam ni.... bila dia minta tolong kita tanpa bantah laju je tolong dia...

    BalasPadam
  10. Semoga kita semua dpt menjadi yg terbaik pada penilaian dan pandangan Allah swt... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama