BULAN KELIMA 2025 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ALHAMDULILLAH. MASUK BULAN KELIMA DITAHUN 2025. Menuju musim haji. Menuju Hari raya Aidiladha pula. Ibadah korban tentu sahaja di mana-mana. Mampu dan mahu silakan. Mampu tapi belum mahu tidak mengapa. Boleh jadi tahun seterusnya kelak. Aamiin. Setiap orang ada alasan masing-masing. Sekarang mudah ada ibadah korban kelompok. Syukur. Boleh kumpul dan bayar ikut kiraan yang ditetapkan.
Satu Mei. Hari buruh.. atau hari pekerja. Cuti umum. Walau raya dah habis tetap ada yang masih meraikan Syawal lagi. Berziarah. Berkunjunh rumah saudara mara dan kawan-kawan. Hari ni pun PC ada tetamu. Adik-beradik mertua PC datang ke rumah mertua. Masa raya mereka tak sempat datang. Dah habis raya pun tak ada salahnya sudi datang. Alhamdulillah.
Hampir separuh 2025 selesai. Betul tak. Ya Allah. Segenapnya Allah swt beri rasa pantasnya waktu. Cuma perasaan atau hakikatnya begini ya. Begitu. Begini. Kadang seram sejuk sendiri. Sedang waktu yang terus berlalu apa pengisian yang PC lakukan. Banyaknya ke mana. Beratnya belah mana. Apa yang dikejar dan dicari sementara hidup ni sebenarnya ya. MasyaAllah.
Capai sesuatu. Biasa-biasa. Semakin teruk. Tiga kemungkinan ini boleh jadi dirasai setiap orang melalui pelbagai fasa hidup. Alamak.. dah masuk bulan Mei. Kalau berjaya capai target mesti gembira. Kalau sebaliknya tentu ada rasa down. Lumrah manusiawi begitukan. PC pun gitu juga.
Mampu seberapa. Kayuh dulu. Tapi jangan putus asa. Bersyukur perlu. Tapi kalau sedar diri tak cukup usahalah. Bukan la kalau mengeluh tu tak bersyukur. Tapi takkan duduk saja. Kan Allah swt suruh usaha. Cari lebih bukan tak bersyukur. Kecuali memang pemalas.
NOTA PC : terus melangkah kerana Allah..
Tags:
Santai Peribadi
In Shaa Allah dengan ibadah korban yang dilakukan dapat kuatkan lagi keimanan kita terhadap Allah S.W.T.
BalasPadamSalam kenal dari New Follower..jemput singgah di teratak saya yang tidak seberapa ini.
Fuhh baca entri ni rasa macam tengah minum kopi sambil pandang hujan turun… tenang tapi deep! 😌 Masa memang laju macam naik superbike, tau-tau dah bulan lima. Tapi betul lah kata PC, kayuh je dulu, janji jangan kayuh ke belakang 😆. Terus melangkah, walaupun kadang langkah tu tersadung selipar! 💪
BalasPadam