SEBAB APA BUAT

SEBAB APA BUAT | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TELAH SELESAI SYAWAL 1446H. ALHAMDULILLAH. Semoga Allah swt rezekikan lagi untuk kita menemui Ramadan seterusnya Syawal ditahun 1447H nanti. Aamiin. Bak kata babah.. "tak lama lagi kita dah nak puasa lagi. Rasa macam lama.. macam lambat.. alih-alih ehhh diumumkan Ramadan.. diumumkan Syawal".  Memang betullah. Sudah 3 tahun puasa dan raya tanpa mama. Aidiladha pun kurang 3 minggu nak sampai ni. 

Sebulan lebih berlaku Syawal. Tapi masih ada yang buat majlis sambutan hari raya la. Bermaafan dan meriahnya lain macam. Agaknya makan saki baki kuih muih raya ni lagi ada uummphh la. Bila tinggal sikit dan serdak-serdak itulah yang lagi sedap sangat biskut raya. Kerepek ke.. keropok ke.. pun sedap pula rasanya. PC selalu percaya, sesuatu yang berlaku ada hikmah.

SEBAB APA BUAT
Sudah beberapa kali tanam biji benih labu.. suku jalan dah lesap kena cabut dengan sesuatu.. bersabarlah.. cabaran realisasikan minat..


Hikmah yang dicari ketika memutuskan untuk lakukan sesuatu perkara. Wajarnya begitu. Kalau boleh cuma kebaikan yang sangat-sangat diingini namun tidak semua berlaku sebagaimana kita harapkan. Betul tak?. Tiga kata kunci sebagai contoh. Tanggungjawab. Ikhsan. Minat.

TANGGUNGJAWAB. Luas pengertiannya. Luas dan banyak skopnya juga. Tanggungjawab kepada siapa?. Pencipta (Allah swt), agama, diri sendiri.  Ibu bapa. Keluarga. Masyarakat. Negara. Banyakkan pecahannya. Jangan ambil mudah. Sebab hidup di dunia ni bukan begitu ceritanya. Memang akan selalu ada ujian dan perlu dilunasi. Dulukan mana yang sangat perlu. Kadang pada luaran macam ini lebih patut didahulukan.. rupa-rupanya sebaliknya. 

IKHSAN. Lebih mudahnya rasa empati. Tidak pada sesama manusia tapi pada semua makhluk. Ya. Semua makhluk. Bukan ke kita ni kena jaga hubungan dengan Allah swt dan jaga hubungan dengan sesama makhluk. Jaga dua-dua. Awak rajin beribadah.. tapi awak sakiti makhluk. Pun sia-sia. Awak sayang sesama makhluk tapi awak langgar apa yang disuruh dan ditegah Allah swt. Pun tak jadi juga.

MINAT. Tidak sama. Minat kita ni berbeza-beza. PC pun ada minat sendiri. Minat kita ni kalau pun mungkin macam sama tapi cara olahnya berbeza. Jangan kata tiru atau bagaimana takut timbul fitnah. Semua ada jalan takdir luar pengetahuan manusia. 

Seban apa buat. Atas dasar tanggungjawab. Sebab rasa ikhsan atau kerana minat. Tiga-tiganya ada pengertian yang berbeza. Ada nikmat yang tidak sama. Cuma diri sendiri yang tahu.

NOTA PC : Hello June.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama