Keharuman

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

KEHARUMAN 

Burung Merpati santai didahan 
Menari riang bersama belahan hati 
Salam Jumaat PC ucapkan 
Moga ukhuwah senantiasa tersemat dihati

Cantiknya hati terbias diwajah
Terpancar seri menyejukkan pandangan 
Tiada apa yang harus dimegah
Semua yang ada milik Tuhan

Milik Tuhan seluruh alam
Hanya pinjaman kepada kita insan
Moga pada pandangan tidakkan  kelam 
Ingatlah ini semua dugaan

Dugaan hidup bersilih ganti
Sabar kunci keutuhan iman
Allah cinta Allah mengasihi
Moga kita tingkatkan ketakwaan

Ketakwaan itu umpama kunci
Kunci kepada lubuk haruman
Sedari dunia lagi sudah dikenali
Setiap pintu langit tiada berhalangan

Tiada berhalangan padanya kebaikkan
Asal benar pada landasannya
Nikmatilah kehidupan tanpa halangan
Kekallah di syurga selama-lamanya

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wa'alaikumsalam...

    dalam menghitung hari-hari mendatang
    bersama timbunan 'hutang' yang tak pernah kurang
    bayaran yang sedikit semoga Allah pandang
    sebagai bekalan sewaktu dipanggil pulang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...setuju sangat..hutang yang tulah takut sangat2..

      Padam
  2. Dugaan hidup bersilih ganti
    Sabar kunci keutuhan iman

    *Bersabar dengan ujian ada balasannya kan...

    BalasPadam
  3. Syurga kekal abadi. Sama-samalah kita berusaha meraih syurga Illahi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..kak...moga kita menjadi penghuni syurga tanpa hisab :)

      Padam
  4. Salam Jumaat kembali.
    Semoga beroleh redha Ilahi

    BalasPadam
  5. InshaAllah syurga milik kita. aminnn.. slalulah beribadah kepadanya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen Busyra :)
      Moga Allah terima setiap amalan kita.

      Padam
  6. salam jumaat akak...puisi ke ni

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam sedap pantun kak PC. Salan jumaat ya 😊

    BalasPadam
  8. Ustaz Ebit Liew berpesan. Jangan lupa untuk sentiasa berzikir dan membesarkan Allah....ubat untuk hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...setuju..moga bila hati kita dekat..membawa jasad kita juga dekat kepada NYA :)

      Padam
  9. Alhamdulillah terima kasih Cikgu Syed :)

    BalasPadam
  10. Puitis... peringatan yg lembut tapi mendalam, subhanallah walhamdulillah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama