Sinarnya Kian Menyinar..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SINARNYA KIAN MENYINAR..

Sinarnya Kian Menyinar

5 Mei 8 Syaaban
Matahari terbit indah sinarnya
Setiap hari menanti hadirnya Ramadhan
Moga diizin Allah menunaikannya

Melunaskan puasa Ramadhan satu tuntutan
Tidak usah dipandang biasa-biasa
Meninggalkannya berhutanglah dengan Tuhan
Mana yang tertinggal cepat-cepat qadakannya

Juada di atas meja bukan keutamaan
Kurma dan air sunnah Baginda
Tumpukan ibadah kurangkan makanan
Jika membazir tiada gunanya

Hukum tidak memberatkan jika keuzuran
Namun jangan ambil kesempatan ke atasnya
Tiada nikmat mampu didustakan
Tanda kasih Allah pada hambaNYA

Terima kasih ukhuwah atas sokongan
Hanya Allah mampu membalasnya
PC singgah juga tanda penghargaan
Moga jalinan ini dapat redhaNya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. selamat menyambut ramadan ye mkcik PC tuuuh.,

    BalasPadam
  2. Bersemangat rasa nak menantikan kehadiran Ramadan. Semoga kita di panjangkan umur utk bertemu ramadhan tahum inj

    BalasPadam
  3. Selaat menyambut ramadan buat PC juga..

    BalasPadam
  4. Laju je masa sedar sedar dah tak lama lagi pertengahan Syaaban, dan puasa. Semoga diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ni.. 😊

    BalasPadam
  5. Ramadhan? Yeay kerana ada pasar ramadhan!

    (ya, uncle kaki makan)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama