Keselesaan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


KESELESAAN || Bila disuruh pilih,pasti semua orang memilih keselesaan yang paling maksimum.Dan erti keselesaan itu bagi setiap orang tidak sama.

SAMA-SAMA MENCIPTA.Ada yang bertahun kenal namun rasa janggal tetap ada..tidak kurang yang baru beberapa minit berkenalan bagai telah bertahun berkawan.Semuanya bergantung pada bawaan diri masing-masing.Dingin atau hangat suasana itu kita yang usahakan.Paling utama letakkan batasan selayaknya dalam pergaulan.


Keselesaan

UKUR DITUBUH SENDIRI.InsyaAllah selamat apabila sedar diri.Ukur ditubuh sendiri itu sahaja sudah membuat kita berasa cukup selesa,baik dari segi pakaian,keperluan dan kehendak serta hal-hal juga urusan lainnya.Selesa dimata,selesa dihati.

HAK MASING-MASING.Bila kita melihat dia..jangan sangka kita tidak dilihat.Kalau kita bersangka-sangka jangan ingat tiada orang bersangka-sangka pada kita.Keselesaan itu wajar dihalusi agar tidak berat sebelah..bagaimana?..biar untuk berasa selesa itu hak dan ada cara masing-masing tapi jangan sampai kita selesa atas derita dan air mata orang lain..

Ambil masa.Berdiri.Pandang cermin.Tanya diri.Keselesaan yang mana wajar untuk kita usahakan dan nikmati agar di dalamnya mewah dengan keberkatan.Tidak menyakiti dan satu saat kita juga tidak berasa sakit dengannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 






PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selesa ni subjektif. lain orang lain tafsirannya. yang penting bersyukur

    BalasPadam
  2. Selesa biar mengikut syarat2nya. Jgn selesa atas penderitaan org lain. Zalim dah tu namanya

    BalasPadam
  3. Wkmsalam.
    Keselesaan tidak semestinya memerlukan kemewahan,
    tetapi penyesuaian kita terhadap persekitaran.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama