Header Ads

Mungkin Lebih Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MUNGKIN LEBIH BAIK.. || Mengharapkan kebaikkan selamanya itu impian setiap daripada kita..bukan untuk sehari dua..namun keselesaan itu adakala melalaikan dan menjauhkan kalau silap tingkahnya..justeru mungkin lebih baik dengan adanya teguran teguran DIA itu supaya kita sedar diri..

Tenang-tenang si air laut
Girangnya nelayan menunda bot
Biar isinya kelihatan sedikit
Diharap keberkatannya tinggi membukit

Girang nelayan menunda bot
Sambil berseloroh dengan sahabat
Bila diuji terasa sakit
Itu punca semangat kan bangkit

Sambil berseloroh dengan sahabat 
Tidak dilupa tentang solat
Mungkin hari ini bukan manusia hebat
Siapa sangka esok jadi insan kuat

Tidak dilupa tentang solat
Bukti anda insan hebat
Hari ini dikejar diperhambat
Sasanya jiwa sering bertaubat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




logoblog

10 ulasan:

  1. tahi itik jala mas buah tanjung
    sangat femes di bulan puasa
    solat mesti kena junjung
    walau lemah dirinya rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...tiang untuk istana yang bakal kita diami di sana kelak...insyaAllah ameen...

      Padam
  2. Biar sedikit janji istiqomah. Biar sedikit janji ada keberkatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis..istiqhomah,moga dalam istiqhomah ada keberkatan...

      Padam
  3. Wkmsalam.
    Biar sedikit asal bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang bantu kita kelak Pakcik..insyaAllah.

      Padam
  4. MENGHARAPKAN KEREDAAN-NYA SEMATA

    BalasPadam
  5. Mungkin bukan hari ni milik kita untuk jadi kuat dan hebat. Tak mengapa, esok masih ada..👍😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,asal tidak berputus asa...insyaAllah ianya milik kita.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..