Lebih Yang Ada Jangan Mengurangkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


LEBIH YANG ADA JANGAN MENGURANGKAN|| Sebut kelebihan wajarlah tersenyum lebar si pemilik tubuh.Kelebihan itu umpamanya keistimewaan pada diri.Kita ada dia tidak ada.Gitulah lebih kurang.Jangan lupa,itu ujian sebenarnya.Senyum..senyum juga..jaga lintasan hati.

SYUKUR..LEBIH MERENDAH.Apa yang ada pada diri syukuri biar pun sekecil nikmat.Tidak kiralah apa pun sahaja yang kita miliki..sentiasa didik diri mensyukuri.Kalau boleh ingatkan juga insan-insan yang hampir dengan kita agar terus bersyukur.Namun begitu untuk menegur atau menasihati,gunalah bahasa dan intonasi yang paaaaaaaaling berhemah.

JURANG?..NO..NO..NO.Kecilkan jurang.Rapatkan saf.Eratkan ukhuwah.Mungkin segelintir daripada kita sangat mendabik dada memiliki sedikit kelebihan,,atau mungkin kebolehan..biarpun bicaranya santai dalam gurauan..namun perlu diingat sentiasa bahawa penerimaan setiap yang mendengar itu tidak sama..berbeza-beza..ada yang dengar sekadar dengar..ada yang dengar kemudian ambil dari sudut baiknya dan tidak kurang dengar..terkesan dihati seterusnya menjadi dendam.

NYONYA MANSUR..CUKUP DIA SAHAJA.Matikan watak di dunia realiti.Masih wujudkah insan berhati seperti nyonya mansur.. ada cuma mungkin diversi yang lain,lebih moden mengikut zaman.Lebih pedas dalam dingin..lebih pedih dalam kata yang melereh..huiii..berbisa..hendak meremuk jiwa zaman ini tidak perlu lagi terpekik terlolong..menjerit-jerit hingga timbul urat leher..sembang santai santai pun boleh membunuh.

Sesiapa pun andai berada di tengah tengah..andai tidak mampu meletakkan keadilan sewajarnya,tidak usah memberat di mana-mana.Memiliki kekurangan dan kelebihan itu bukan satu yang harus diperbesarkan dan dijadikan isu,kerana kelebihan itu tidak berpanjangan menjadi nikmat manakala kekurangan itu tidak juga seterusnya menjadi beban.Lebih yang ada jangan mengurangkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. syukur dengan apa adanya.. mudah2an allah tambahkan lagi rezeki ^^

    selamat hari raya.. happy eid maaf zahir batin..

    BalasPadam
  2. Kekurangan yg ada mungkin Allah nak naikkan darjat kita sedangkan kelebihan yg kita ada mungkin ujian Allah nak bg utk melihat sejauh mana hambaNya bersyukur. Jadi lebih atau kurang kena sentiasa bersyukur.

    BalasPadam
  3. Saya terlepas bab kisah nyonya mansur tu.... Selamat Hari Raya PC.... Rayakan sebulan...

    BalasPadam
  4. Belajar syukur dgn apa yang ada kan PC.. klu asyik mengeluh, takkan kemana...
    Salam Syawal PC.. Maaf Zahir Batin ye.. :)

    BalasPadam
  5. JGN MENGURANGKAN AMALAN KEBAIKAN DEMI-NYA

    BalasPadam
  6. insyaallah PC...peringatan yang baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama