Bertepuk Tangan Dan Bersorak

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BERTEPUK TANGAN DAN BERSORAK || Terimbas hari sukan sekolah.Dulu.Tapi indah untuk dikenang.Menjadi salah seorang ahli sukan sekolah.Aktif.Bak kata sahabat.Semua acara ada muka kau..kau lagi dan lagi..*budak-budak tapi gurau kasar..tak ambil hati kerana kami sahabat*.

Rumah sukan.Biru.Hijau.Kuning.Merah.Ada juga tukang sorak girl dan boy untuk setiap rumah pasukan.Pompom girl dan boy yang berpaling tadah.Bukan saja bersorak untuk pasukan sendiri.Terbabas juga sorak untuk pasukan lain.Kenapa?..Pelik?..jawabnya tidak..budak-budak baru nak ke fasa baligh dan mumaiyez..miang-miang keladinya ada dengan jerawat mula berani menampilkan diri sebiji dua..hui ... zaman dulu ... itu dulu,masa yang dinikmati dengan minda dan jiwa yang lurus.Moga sekarang juga begitu.

SEMANGAT.Berjuang.Untuk apa dan untuk siapa.Pastikan jelas.Sebaiknya dulukan semua kerana DIA Tuhan yang ESA.Bila diniatkan kerana DIA pasti tiada yang akan dibangkitkan.Tiada yang dipersoalkan.Niat itu menjadi garis dan tembok untuk melentur hati dan minda.Cukup Bissmillah.Pasti semangat yang ada penuh dengan ganjaran pahala.

SILAP SASARAN PADAH.Lontarkanlah apa pun pandangan.Dari hati.Dari minda.Benar dipihak kita.Belum tentu benar dipihak lainnya.Ramai yang akan bertepuk tangan dan bersorak.Sama ada kerana kejatuhan kita atau kerana kejayaan kita.Ketidakpuasan hati itu adakala hanya perlu dilawan dengan strategi bukan kata-kata yang dirasakan mantap berbukti.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bestnya bila teringat zaman sek join acara sukan sana sini. Kalah menang semua belakang cerita. Janji semangat nak bersukan tu ada. Betul kata PC, gurau kasar masa kecik2 dulu kita tak amik hati pun kan tp kenapa bila dah dewasa ni cpt sangat terasa hati. Why not kita amik sikap positif kita masa kecik dan apply skrg. InsyaAllah gembira hidupkan.

    BalasPadam
  2. KAK MEMANG TAK MINAT BERSUKAN...BERSORAK LIHAT KAWAN2 MENANG BERSUKAN MMG SUKA

    BalasPadam
  3. Wkmsalam.
    Orang bertepuk tangan kerana menyokong dan meraikan kejayaan kita
    tetapi ada juga yang bertepuk tangan kerana menyorakkan kegagalan kita

    BalasPadam
  4. Dulu memang aktif bersukan. Tapi sekarang mmg dah lama meninggalkan zaman tu.. cuma masih berlari2 dikala kelapangan demi menjaga kesihatan :)

    BalasPadam
  5. menginngatkan kenangan dulu2 memang seronokkan..akak ni takdelah aktif bersukan sangat jadi penyorak tu bolehlah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama