Berganti-ganti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


BERGANTI-GANTI || Lari berganti-ganti biasa dengar.Lazimnya satu kali larian 4 calon untuk 400 meter maka jadilah lari berganti-ganti 4x100meter.Masa passing batton itulah yang buat jantung berdegup kencang.Adududu.Lebih-lebih pihak lawan kawannya sudah sampai.Sedang kita tunggu sambil berlari-lari anak kawan tidak juga sampai-sampai😂😥 .. hahah ...

BERGANTI-GANTI
Google image 

Itu kisah sukan .. kisah PC dulu-dulu ... apa kisahnya dengan berganti-ganti yang cuba PC nak sampaikan kali ini.Kalau orang jawa di sebut "gentenan" .Bahasa mudah membantu ikut giliran.Huhuhu.Dulu ianya menjadi satu tradisi.PC lalui zaman ini.Sungguh.

RINGANKAN BEBAN.Sama-sama susah maka sama-sama membantulah terutama ketika ada hal besar berlaku.Majlis perkahwinan.Urusan kematian.Merai kelahiran.Adik beradik,jiran tetangga dan saudara mara mendahulukan sumbangan sorang sedikit untuk menampung apa yang tiada.Maka yang kurang dapat di atasi.
Hari ini saya tolong awak bila giliran saya awak tolong saya.Ha gitu.Sama ada memulangkan barang yang sama atau sebaliknya terserah.

MENDIDIK.Menjaga ukhuwah bukannya mudah.Bila mana ada cara sebegini ianya mendidik agar menjadi jujur dan saling menghargai serta menghormati.Biarpun begitu apa yang paling penting sebenarnya adalah keikhlasan pada setiap pemberian.Itu lebih baik sebenarnya.Baik untuk jangka masa singkat dan untuk jangka masa panjang juga.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. lari berganti-ganti... dulu akak pun pernah join... hehe... benar! dalam hidup ni mmg berganti-ganti hidup kita, apa yang dirasai orang lain kita jua akan mengalaminya sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak..bila kita tengok orang lain kita ambil pengajaran...

      Padam
  2. Lari berganti-ganti..Tapi aku lagi suka tengok atlet yang ikut acara lari berganti-ganti.Saya setuju dengan apa yang PC cakap kat atas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih berlari ya.Silap passing batton boleh menangis.

      Padam
  3. Memang susah nak jaga silaturahim

    sebab itu penting dan pahalanya pun besar

    sampaikan memenuhi undangan ni wajib kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..bukan mudah nak jaga...sangat rapuh dengan persekitaran..asal jujur..insyaAllah baik-baik sahaja.

      Padam
  4. Gentenan merupakan budaya masy jawa yang masih diamalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Pakcik..hehehe..seronok sebenarnya..budaya yang boleh diteruskan.

      Padam
  5. Walaupun begitu niat menolong biarlah ikhlas

    Kalau harapkan balasan dari manusia, khuatir tak dapat pahala

    BalasPadam
  6. Dalam hidup ini , perlu saling bantu membantu . Malah menjaga hubungan sesama manusia .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..barulah aman..gembira dan saling meredhai.

      Padam
  7. Memang ringan tugas kalau rewang bersama jiran... gentenan pun masih diamalkan... macam kutu ada gak... sapa nak buat majlis dulu ambil giliran dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa betul...cuma kalau nak gentenan kena jujur dan sungguh2..sebab kalau tidak orang marah.

      Padam
  8. Kerjasama, toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkan ukhwah kita sesama manusia. Yang paling penting ianya mesti disulami dengan keikhlasan seperti nasihat kak PC. Terbaik kak PC. :D

    BalasPadam
  9. I can relate to every words you said. Bila kita buat sesuatu, biarlah ikhlas. Sekiranya kita ditolong, ucaplah alhamdulillah... rezqi kita untuk ditolongi. Tetapi sekiranya kita sudah usaha untuk menolong orang dan bilamana ada suatu saat kita berada di dalam keadaan susah dan tiada sesiapa yang membantu, janganlah kita mengungkit pula.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  10. Kita ni Allah jadikan sebagai makhluk komuniti

    Sebab tu dalam quran ada surah semut dan surah lebah

    2 makhluk ni kan sifatnya tolong menolong

    Untuk kebaikan masyarakat umum.

    BalasPadam
  11. Tapi sekarang tidak banyak yang masih mengamalkan cara sebegitu.. Lebih mudah mengupah katering.. Tapi pemberian masih boleh dilakukan dalam bentuk wang.. Yang pasti ukhwah tetap terjalin..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama