Header Ads

Tidak Tahu? .. Memang Wajarlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK TAHU? .. MEMANG WAJARLAH || Hebat seandainya seseorang itu tahu akan segala hal.Namun rasanya dalam keterbatasan kudrat dan akal fikiran tahu dan boleh kuasai banyak perkara itu pun sudah dianggap rezeki dan nikmat luar biasa daripada Allah SWT.TAHU AKAN SEGALA HAL berbeza ya dengan BOLEH KUASAI BANYAK PERKARA.

BERBEZA-BEZA.Potensi setiap orang tidak sama.Walau pun adik beradik.Ini yang sering terlepas pandang oleh keluarga dan masyarakat sekeliling.Bukti? .. sikap membeza-bezakan satu sama lain.Nampak tak.Apatah lagi orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan dan yang mengikat tali ukhuwah itu adalah agama.Jadi sekiranya tahap kehidupannya itu berbeza wajarlah.Tidak tahu hal peribadi satu sama lain juga memang wajarlah.

UKURAN.Khilaf itu boleh dilakukan sesiapa sahaja.Istilah siapa dulu lebih makan garam itu benar dan terpakai pada sesetengah bab namun tidak pada keseluruhannya.Mungkin yang lebih dewasa mengetahui lebih banyak perkara berbanding anak-anak kecil.Logik.Tetapi tidak menjadi kebal untuk si dewasa lakukan apa yang tidak sewajarnya.Tahu,namun terus lakukan khilaf lebih berat tabungan kiri kita.Berbanding yang tidak tahu dan tidak atau belum terbimbing lakukan hal buruk lain perkiraannya.

Tidak tahu? .. memang wajarlah.Sebab itulah mengapa sepanjang kehidupan ini boleh dianggap proses pembelajaran yan berterusan.Supaya kita lebih tahu,lebih mengenal dan lebih cinta PENCIPTA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
logoblog

4 ulasan:

  1. HIDUP INI MNGAJAR KITA SEPANJANG PENGALAMAN PERJALANANNYA

    BalasPadam
  2. Manusia memang sifatnya lemah. Walau hebat mana pun seseorang tak mungkin dia mampu kuasai semua ilmu yg ada di dunia ni.

    Kak ana setuju dengan PC. Tahap kefahaman dan penerimaan setiap dr kita berbeza even dgn adik beradik. Jgn banding membanding sebaliknya jdkan kekurangan tu menguat hubungan sesama kita.

    BalasPadam
  3. makin banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu

    BalasPadam
  4. Hidup ini satu perjalanan penuh dugaan dan cabaran.Setuju ngan kak PC. Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..