Header Ads

Rasa Takut? .. Jangan Sampai Hilang Rasa Ini ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


RASA TAKUT? .. JANGAN SAMPAI HILANG RASA INI .. || Alhamdulillah, salam Khamis semua,moga baik-baik sahaja ya.Amin.Rasa bahagia itu nikmat.Rasa derita itu teguran.Apa yang pasti dijiwa kita penuh dengan pelbagai rasa yang berwarna warni.Ada masanya sukar untuk diungkap dengan butir bicara namun sirna mata dan air muka tidak mampu untuk menutupi apa pun rasa dijiwa.

Rasa bakal bersilih ganti.Namun satu rasa ini perlu ada pada setiap diri manusia.Bagi PC setiap kita mesti kena ada rasa ini .. RASA TAKUT .. ya,rasa takut.Perlu sangatkah? .. YA.

BENTENG.Rasa takut insyaAllah boleh mengawal nafsu dan ketidak wajaran minda berfikir dan membuat pertimbangan.Tanpa rasa takut mungkin menyebabkan kita melatah dalam bertindak.Walau mungkin tidak sepenuhnya kita menjadi yang terbaik,boleh jadi baik itu juga suatu yang memadai untuk diri.

BERAT DAN AZAB.Banyak nikmat kita kecapi.Walau diri sering mencurangi namun Tuhan tetap terus memberi.Satu yang perlu diingati.Barat dan azabnya siksaan Tuhan.Itu yang mesti ditakuti.Bila kita ingat akan azab dan balasan keburukkan secara tidak langsung kita akan senantiasa berpada-pada.

Takut yang keterlaluan boleh menjadikan kita mundur.Tiada rasa takut boleh menyebabkan kita tersasar jauh.Justeru letakkan rasa takut itu bukan ikut rasa suka namun sentiasa suburkannya dalam jiwa beserta dengan rasa kehambaan.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

logoblog

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah, baik-baik sahaja hari ni... sis bagaimana? Takutlah pada Allah SWT dan azabNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah baik-baik sahaja seadanya...betul..bila sentiasa ingat azab Allah buat kita berhati-hati..amin.

      Padam
  2. TAKUT PADA YG SATU JUSTERU KITA HAMBA-NYA YG KERDIL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak PI...takut dan sentiasa ingat azabNYA.

      Padam
  3. rasa takut pada Allah itu yang sebaik2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..cara tak langsung boleh perbaiki diri..

      Padam
  4. Kalau semua benda takut tak bergerak dan takkan maju lah diri.. betul tak sis pc? sesekali harus dicabar rasa takut yang ada.. baru tahu potensi diri :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. InsyaAllah terhindar dari perkara yang tidak elok.

      Padam
  6. kadang camtu jugak pc, kita lupa patutnya kita takut kat Allah

    BalasPadam
  7. :-bd ye, kadang2 takut tak bertempat sampai lupa siapa yang sebenarnya yang patut kita takut.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..