Goyang Kaki..Huiii...Cungkil Gigi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

GOYANG KAKI .. HUII .. CUNGKIL GIGI

Hidup bukan semudah itu.Tidak juga sesenang begitu.Walau ada yang bawaan atau wataknya sebegitu.Slumber.Poyo sikit-sikit.Sampai bila.Berkulat.Berulat.Bukan diri sendiri tapi orang lain naik turun darah melihat.Liat sangat untuk terima dan dengar pendapat.

Pum .. pam .. pum .. pam .. gaya mesti menang.Baru nampak hero.Heroin boleh jadi.Lagi diperhati lebih menjadi.Wah ada sambutan.Walau yang melihat budak belum pun berkhatan.Cakap dan tinggal.Bertindak kemudian abaikan.Bijak menjadi pemula.Kurang bijak menjadi penyudah.Kerja senang.Senang sangat.

Mengharap.Diharap.Hujungnya tinggal harapan.Kadang yang tiada kena mengena terperangkap.Malas banyak cakap.Asyik berkontena dengar cerita ala-ala simpati diharap dapat.Si pendengar mula sedar terperangkap.Dia yang bercakap terus bercakap.Niat itu tersirat.Bila dikesan nampak tersurat.Moga kesannya tidak melarat.Termakan kata-kata menangis.Justeru jangan terjerat.

Ada masanya.Goyang kaki .. huii .. cungkil gigi.Bila masanya betul-betul tepat.Di ketika orang yang melihat redha dan rela.Menganggap itu selayaknya didapat.Hanya satu tempat tepat untuk sebenar-benar beristirehat.Syurga di akhirat.Sehingga sebelum itu banyak tugas berat dan sarat harus diangkat.

Goyang Kaki..Huiii...Cungkil Gigi
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

8 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. dunia memang tempat bekerja, akhirat tempat istirehat sebenarnya. thanks pc

    BalasPadam
  2. Hidupkan dengan ibadah sebagai perjuangan perjalanan dunia menuju akhirat. Semoga setiap amalan diterima dan diberkati Illahi... aamiin.

    BalasPadam
  3. MOGA AMAL KITA MEMBAWA KE SYURGA

    BalasPadam
  4. salam & haii..!

    follow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/

    blog lama tu dah x aktif.. thanksss ya! hehe.. =)

    BalasPadam
  5. Hidup di dunia ni tempat kita bercucuk tanam. Memang payah nak laksanakan cucuk tanam tu dengan iman senipis kulit bawang ni. Sekejap naik sekejap turun. Semoga Allah perkenan utk melihat amalan kita yg sedikit ni.

    BalasPadam
  6. Memang seronok cungkil gigi dan korek telinga sekali... betul sis, tempat istirehat akhir betul bukan di sini..

    BalasPadam
  7. Wkmsalam
    Mudah2an kita sentiasa mendapat rahmatNya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama