Kutip Pengajaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💝


KUTIP PENGAJARAN || Buka sahaja mata seawal pagi sedar daripada lena,kita akan melalui hari baru,banyak yang bakal kita lalui.Sengaja atau sebaliknya semua telah dan sudah Tuhan aturkan.Biarpun serba tidak kena bagi kita namun ianya sudah cukup sempurna bagi DIA untuk kita.

Sepanjang hayat .. seumur kehidupan itu pelajaran.Kutip pengajaran.
Biar yang ke hadapan tidak mampu untuk kita jangka bagaimana warnanya ... seperti apa coraknya ... setiap apa sedia ada jadikan sempadan pada bahagian mana sewajarnya.

KUTIP PENGAJARAN

Pokok manggis berdaun lebat
Hijau warnanya menyejuk pandangan
Bila berbuah itu tanda berkhidmat
Menggembirakan hati tuannya serta jiran

ALAM SEMESTA.Menghampiri atau dihampiri,kedua-duanya memerlukan tindak balas yang tulus,telus dan hikmah.Jangan pernah menzalimi dan jangan izin untuk dizalimi.Manusia juga sebahagian daripada makhluk yang mengisi alam semesta.Tumbuh-tumbuhan,haiwan dan keseluruhannya saling memerlukan dan bergantung satu sama lain.Justeru kutip pengajaran daripada setiap satunya.

KESUNGGUHAN ATAU SAMBIL LEWA.Menghadapi suatu hal itu tidak mudah.Bukan ringan dan tidak kecil.Kecuali bagi individu yang mengambil jalan pintas dalam segenap hal dan urusan.Bagi yang ada kesungguhan setiap aspek akan diambil kira.Tiada yang tidak penting baginya.Paling utama sentiasa menghargai setiap apa yang terjadi disejeliling dan kutip pengajaran.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu kak.
    .kutip pengajaran dari apa yg berlaku

    BalasPadam
  2. Betul tu.. pengalaman mendewasakan, kutip segala pengajaran utk manfaat kehidupan, in shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat mendewasakan dengan syarat ambil tahu setiap apa yang berlaku:)

      Padam
  3. Yg baik jadikan tauladan..
    Yg buruk jadikan sempadan..

    BalasPadam
  4. sebagai seorang guru yang mengajar murid2 namun pada masa yg sama abam kie masih melalui proses mengutip pengajaran tentang pelajar2 yang diajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutip pengajaran sepanjang hayatkan Cikgu..begitulah kehidupan :)

      Padam
Terbaru Lebih lama