Header Ads

Menyengat Sangat Nampak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENYENGAT SANGAT NAMPAK || Sebut pasal sengat menyengat ni terus terbayang lebah.Comel tapi harus waspada dengan serangannya dan sengatannya.Madu yang dihasilkan merupakan salah satu makanan sunnah.Banyak khasiat madu yang tidak dapat dinafikan,dengan syarat amalkan memakan madu asli.InsyaAllah kesan yang akan dirasai juga puas hati.Mudah-mudahan ya.Usaha.Pembeli mesti bijak membezakan mana madu asli dan mana satu madu yang ada campuran.Bagi pihak penjual pula harus juga bijak sewaktu berniaga..bukan bijak berbohong untuk lariskan jualan tapi bijak kawal hasutan agar tidak timbul ketidak jujuran.Hujung-hujung takut tersengat diri sendiri.

Menyengat Sangat Nampak
Google image 

HIBURAN PERUT DAN TEKAK.Sedia maklum,makanan dan minuman itu satu keperluan.Bagi PC makanan dan minuman itu juga adalah satu hiburan perut terutama apa yang ingin dimakan atau diminum dapat dipenuhi.Bila mana ianya terarah kepada kehendak.Ada juga mungkin dengan cara makan itu dianggap sebagai satu terapi.Tetapi haruslah berhati-hati.Ikut rasa itu adakala binasa,ikut nafsu akhirnya lesu dan ikut hati boleh jadi mati..mati akal dibuatnya.Mati akal yang tukang mencari..yang tukang pesan sengeh memanjang..hihihi.Selain melayan tekak antara faktor lain menyemarakkan nafsu makan adalah aroma  masakkan yang menyengat turut mampu mempengaruhi keinginan untuk makan..makan dan makan.Kenyang pun segera berasa lapar.Masakkan pedas.Masakkan masam manis.Menyengat.Sungguh.Sesekali tewas itu tidak mengapa..kerap kali itu bahaya.

LISAN.Sesiapa pun perlu menjaga lisan.Sedari kecil.Bermula daripada dewasa menjaga lisan ketika berbicara sesama sendiri terutama bila ada si kecil disekeliling.Anak-anak kecil sangat tajam pemerhatiannya dan sangat pantas menyerap maklumat dari apa yang di dengar lebih-lebih lagi bila berulang setiap hari.Di dunia mungkin hebat berbicara,berdebat,berpidato..berbahas,,namun nanti di sana lidah itu membisu.Lidah dan mulut serta suara itu sah lakunya sekadar di dunia tidak di sana.Saat di hadapan Tuhan.'mulut aku,ikut suka aku'...betul la tu,tapi kena ingat siapa pemilik hakiki mulut itu.Komunikasi itu perlu dua hala.Percakapan itu indah bila terjaga bahasanya.Tidak perlu sentiasa bermadah,tidak perlu juga berlenggang lenggok dan berirama .. cukuplah tertib dan sopan.Bila percakapan dipandu emosi itu bahaya.Akan menjadi menyengat intonasinya ditambah dengan bahasa yang cukup tajam.Janganlah ya.

Hari ini hari Jumaat
Hujan turun penuh berkat
Bila berbicara tudak usah menyengat 
Takut timbul banyak mudarat

*terima kasih ukhuwah

#sama-sama mencari redha Ilahi
logoblog

11 ulasan:

  1. Salam jumaat sis perdu cinta

    lebah menyengat dan sengatnya ada khasiat perubatan. katanya merangsang kesihatan sistem saraf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali MH
      Owh iye..itulah setiap kesakitan pasti berhikmahkan..

      Padam
  2. Peringatan yang baik sis.. InsyaAllah sangat bermanfaat...

    BalasPadam
  3. jumaat yang mendung seperti menghormati pemergian anak-anak tahfiz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana sayu...pilu...kerajaan dilangit turut bersedih mungkin...

      Padam
  4. Salam Jumaat pc. Makanan hiburan perut.. Ermmm menarik tu...

    Mmg pilu kejadiaan kebakaran tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali kak Sheila..
      Perut happy hati menari-nari gitu kak..

      Sangat pilu kak..

      Padam
  5. Ia ada racun berbisa tetapi tetap menghasilkan madu yang sangat bermanfaat untuk manusia.

    BalasPadam
  6. Peringatan yg baik buat renungan bersama. T kasih PC

    BalasPadam
  7. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..