Header Ads

Hari Ini? .. 16 September ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


HARI INI? .. 16 SEPTEMBER || Betul,alhamdulillah hari ini 16 September.Adakah sekadar angka semata-mata..Atau cuma tarikh yang biasa-biasa juga.Mungkin biasa bagi diri sendiri tapi tersangat istimewa untuk orang lain.Tarikh,waktu,tempat,peristiwa..sangat dekat dengan apa yang dipanggil sejarah .. atau kenang-kenangan. 

Mungkin hari ini ada yang sedang berdebar menanti detik kelahiran .. atau berdegup kencang jantung untuk majlis ijab qabul supaya menjadi pasangan yang halal .. tidak terkecuali juga ada yang sedang Tuhan uji berulang-ulang dan berpanjangan.SubhanaAllah.

Turun naik dan jatuh bangun itu lumrah.Boleh berlaku bila-bila masa sahaja,dan kepada sesiapa pun juga.Tiada hari yang tidak baik.Tiada tarikh yang membawa kepahitan.Biar pahit untuk dihadam semua telah Tuhan aturkan.Sabar itu sakit.Redha itu pahit.Bahagia dan manisnya dirasa bila kita sedar banyaknya hikmah yang telah Tuhan sediakan.

Hikmah?😎 .. ya .. banyak,dan di antaranya adalah ... hari ini 16 September. . Sama-sama kita merai hari Malaysia🎉🎊


Hari Ini? .. 16 September ..


H A R I  M A L A Y S I A. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.SUMBER
Moga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi dari hal-hal yang merosakkan dan mencemarkan maruah negara.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
logoblog

7 ulasan:

  1. Wkmsalam
    Selamat Hari Malaysia.
    Mudah2an dipermudahkan urusan kita sehari2an

    BalasPadam
  2. Moga negara Malaysia buminya berkat dihuni orang-orang yang dirahmati Allah.

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut Hari Malaysia PC.. semoga Malaysia sentiasa dirahmati Illahi... aamiin.

    BalasPadam
  4. semoga negara kita sentiasa dirahmatiNya... Amiinn

    BalasPadam
  5. Semoga negara kita dalam rahmat Allah selalu..

    BalasPadam
  6. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam
  7. Smoga negara kita aman hendaknya.. amin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..