Header Ads

Tarik Nafas .. Dan Bertenanglah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TARIK NAFAS .. DAN BERTENANGLAH || Celik mata di awal pagi dengan jantung yang masih berdegup..nafas yang halus kedengaran indah dipendengaran sendiri..itu nikmat yang besar untuk disyukuri.Alhamdulillah masih hidup.Masih bernyawa.Moga-moga boleh lebih beramal.

Tarik Nafas .. Dan Bertenanglah
Google image 

Gerak hati.Gerak akal.Adakala bercanggah.Tidak kurang berbalah.Akal dan hati juga seakan kita,ada masa bertelagah.Mana yang lebih dominan.Hatikah atau akalkah.Keimanan itu bermula daripada iktikat,akujanji dihati.Nafsu yang sering terburu-buru juga di situ.Nampak tak kewarasan akal fikiran itu tersanfat-sangat perlu.Sedang hati sedang keliru jangan akal turut sama celaru .. bakal haru biru .. tarik nafas .. dan bertenanglah.

UKURAN KEYAKINAN.Keyakinan yang PALING BESAR DAN UTAMA adalah ikatan janji kalimah syahadah..antara kita dan DIA .. akui dihati kemudian diterjemah dengan perbuatan dan mentaati.Kalau ada yang beranggapan dengan menyebut kalimah In Shaa Allah itu melambangkan tiada atau kurangnya rasa keyakinan diri .. maaf itu silap,sebaliknya In Shaa Allah itu membuktikan keyakinan diri pada DIA penuh hati.Tiada sebaik-baik rasa yakin melainkan meletakkan atau menyandarkan semuanya pada DIA.Bertenanglah.Fikirkan.

KENYATAAN DARI HATI.Berasa gembira dan ghairah*terlalu gembira*.Berasa bahagia dan bersemangat.Macam berada di puncak .. berterbangan .. tidak pun diawang-awangan.Sebenarnya ujian sedang berjalan bezanya kita sedari atau sebaliknya.Begitu juga di saat mendung datang,ya itu juga ujian.Satu hal yang mesti di ambil kira adalah di saat berbicara dalam apa pun situasinya.Sebolehnya elak larut dan hanyut dengan emosi.Terlalu yakin kemudian hebahkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

7 ulasan:

  1. Kalau sembahyang pun kena ada tamakninah

    kena bertenang dulu

    BalasPadam
  2. Ketenangan mampu membawa akal & emosi bersatu dengan baik.

    BalasPadam
  3. benar sekali,hati itu sering bertelagah,akal lah yang memandu arah,kerana itu akal dicipta untuk manusia agar ia bisa memandu hatinya ke jalan yang benar

    BalasPadam
  4. Akallah yang membezakan diantara manusia dan hidupan lain
    Akal juga yang membezakan sesama kita.

    BalasPadam
  5. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam
  6. bila kita tenang semua kerja pasti baik saja perjalanannya. InshaAllah semuanya dengan izin Maha Kuasa

    BalasPadam
  7. akal dan hati lain.... bila baca kitab hikam ibnu athoilah akal, hati dan roh adalah qolbun... yg akak paham pasal akal bila akal mentafsirkan sst ia akan disulami dengan nafsu... adakala akal yg mentafsir tdk tepat.... berlainan dengan roh, roh hanya akan menarik kepada perkara yg baik sahaja iaitu kepd fitrah....

    Kalau salah mohon betulkan, saya mak budak baru belajar.... hehe

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..