Header Ads

Nak Tanya? .. Silakan .. Tapi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NAK TANYA? .. SILAKAN .. TAPI || "Malu bertanya sesat jalan" .. eleh GPS (Global Positioning System) kan ada .. Susah sangat muat turun Waze di play store application .. susah juga? beli kompas .. ingat,tidak semua mampu  miliki apa yang kita miliki.Dan ingat juga diri kita sendiri pun mungkin tidak mampu miliki seperti apa yang orang lain miliki.Setiap orang Allah beri pakej kendiri dan peribadi yang berbeza-beza satu sama lain.Bertanya itu juga usaha untuk mencari dan mendapatkan penyelesaian.NAK TANYA? .. SILAKAN .. TAPI 


Nak Tanya? .. Silakan .. Tapi
Google image 

TAPIS DULU SOALAN.Bukan mahu asingkan santan dari kelapa parut saja perlu ditapis ya .. bagi PC hendak bertanya pun perlu ditapis dahulu soalannya.Tapis guna akal yang waras dan hati yang tenang lagi murni.Supaya tidak terkeluar soalan yang dianggap kurang pintar dan bakal mengaibkan diri sendiri.Soalan yang diajukan itu lambang warna hati dan fikiran juga😊

SILA PANDANG-PANDANG BISIK-BISIK.Bercakap memang seronok.Macam terapi.Bagi yang gemar berckap,tidak bercakap lima minit boleh nangis berguling-guling.Bila suka bercakap maka suka juga bertanya,kerana rasa ingin tahu yang sangat maksimum itu membuatkan banyak soalan tercetus diminda.Betul tak?..tetapi sila pandang-pandang persekitaran..sesuaikah atau sebaliknya..ada sesetengah pertanyaan boleh disuarakan secara terus dan selayaknya boleh didengar oleh umum,namun sebahagian pertanyaan cukup sekadar bisik-bisik sahaja.Bijaklah membezakan ya.

PERTANYAAN itu boleh buat orang berfikir dan boleh juga buat orang hilang pertimbangan (marah) .. berhati-hatilah.Hal yang peribadi akan tetap peribadi dan sebaliknya.Setiap pertanyaan yang dilontar itu ada impaknya.Jangan sampai menyakiti dan mengaibkan.PerduCinta✒

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
logoblog

7 ulasan:

  1. kalau nak tanya..tanyalah soalan yang bijak supaya supaya dapat jawapan yang bijak juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...apa selayaknya...bagaimana soalan...begitu jawapan sepatutnya..

      Padam
  2. assalamualaikum..hai kakak..dah lama tak singgah sini..act dah lama tak berblog bru aktif balik itu pun mcm chipsmore..ingat lahi yaya? celoteh cik yaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam..yaya!!!!!!...tulah..ke mana awak dik...in sha Allah igt Yaya...aktif la semula..

      Padam
  3. selain bertanya, menegur juga perlu berfikir dan menapis terlebih dahulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat..kena sensitif..tengok keadaan,dgn siapa bercakap..isu apa..

      Padam
  4. Setuju sgt.. lebih baik berfikir terlebih dahulu sblum berkata2 apatah lagi klu bertanya. Peringatan yg baik buat renungan bersama.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..