Header Ads

Sakit Hati?..Janganlah!..Nanti Dulu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SAKIT HATI?..JANGANLAH!..NANTI DULU || Mula-mula rasa sakit di mata .. abaikan .. eh jadi lagi,terus rasa sakitnya melompat ke hati.Tidak pun asalnya sakit ditelinga..panas merah je cuping tu ya.Tenang..tenang..bila dengar lagi,tu berbekas juga dihati sakitnya.Berpunca daripada sakitnya hati itu menyebabkan tercetusnya marah atau api kemarahan.Ada yang sekali terjentik terus sentap sakit hati.Ada yang simpan rasa sakit hatinya walau dihentam bertubi-tubi..ini bahaya,sekali meledak luar jangka sekali.


Sakit Hati?..Janganlah!..Nanti Dulu
Google image 

Luar jangka itu manusia
Dalam pengetahuan itu keagungan Pencipta
Setiap hal pasti ada sebabnya
Setiap tindakkan tentu ada alasannya

BERTEPUK SEBELAH TANGAN.Ragam orang tidak sama.Cubaan.Mengena itu rezeki,tidak mengena bermakna sedang diuji.Sedekah mudah adalah senyuman.Namun tidak bagi setiap orang anggapnya begitu.Ada yang sangat murah dengan senyuman ada juga yang mungkin tersenyum ketika meneran kerana sembelit.Tidak mengapalah.Ada yang ramah tamah sikapnya dan ada yang ditegur pun buat batu sahaja.Eh,tidak mengapa asal jangan ramah dan tersenyum ketika mahu meminta bantuan dalam kesulitan.Jangan sakit hati bila senyuman dan teguran tidak berbalas anggap saja mungkin bukan rezeki kita,tidak pun dia sedang dilanda masalah.

BERBALAS-BALAS ITU MERUGIKAN.Kalau dulu tak puas hati walau senja pun eh gagah datang ketuk pintu sound direct depan-depan.Bilal merdu azan di surau dan di masjid,awak pulak sibuk sinseng lengan baju protes tak puas hati kenapa anak tak terpilih dalam pertanding pakaian  tradisional di tadika.*anehnya kenapa tak serang cikgu..kan yang pilih calon*.Ibaratnya cakap situ habis situ.Tapi sekarang berganda beza caranya.Pertelingkahan dua pihak boleh diketahui beribu orang.Sebenarnya kita boleh pilih cara terbaik agar yang aib tidak tersebar cuma terserah pada diri sendiri jalan mana yang hendak dilalui.Bila ada yang buka aib kita jangan ambil peduli.Lebih-lebih lagi sekiranya aib yang direka musuh dan aib tersebut tidak kita lakukan.Musuh sentiasa mencari kelemahan kita..sedang kita kenali kelebihan diri sendiri.Alihkan perhatian diri.

RASA KETIDAKADILAN.Hanya Allah SWT yang memiliki sifat adil itu.Maha Adil.Tersangat Adil.Pengertian pada kita makhluknya ini adil itu memberi hak kepada yang berhak sewajarnya.Sikap suka mempertikai itu sukar dipisah dengan manusia.Mengapa begitu..kenapa tidak begini.,dan macam-macam lagi..kurang di sana sini dalam memenuhi apa yang diimpikan itu lumrah.Bukankah kudrat kita sangat terbatas,maka fahamilah dan ianya wajar.


Sakit hati? ..janganlah! .. nanti dulu kerana nak sakit hati pun perlu pilih-pilih.Ada juga kerana rasa sakit hati yang membawa kejayaan dan kebaikkan kerana bijak mengolah keadaan dan emosi.Tidak kurang yang kebanyakkannya membinasakan diri sendiri dan orang lain juga.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

12 ulasan:

  1. saya terasa bertepuk sebelah tangan...

    sebelah lagi saya tepuk ke dinding

    hahaha..

    ada juga bunyinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertepuk itu umpama komunikasi 2 hala...huhuhu..

      Padam
  2. Nice sharing.

    Kadang ada juga rasa sakit hati tu..
    Mmmmmm...
    Apa pon smega dijauhkan drpd perkara tidak elok. Kannn

    Selamat petang pc. Sihat.
    Lama x menjengah kengkawan blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC pun tak bebas dari rasa sakit hati..hihihi..cuma sedaya upaya jauhkan dari keadaan itu berlarutan dengan buat-buat tak tahu..
      Alhamdulillah sht..

      Padam
  3. Salam singgah sini PC....semoga hati tidak akan di sakiti...

    BalasPadam
  4. Salam singgah sini PC....semoga hati tidak akan di sakiti...

    BalasPadam
  5. Tak mudah sebenarnya bila berbicara tentang hati kan PC, gerak bibir tari pena kaadang tak mampu menggambarkan rasa hati hakiki :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...ada rasa yang perlu disembunyi kerana tidak semua boleh dan wajar dikongsi..

      Padam
  6. takut hati di sakiti..pedih rasanya! Risau juga kita tidak sengaja menyakiti hati orang.

    BalasPadam
  7. dulu sakit hati memang rasa nk balas, tp skang lebih tenang tak ada lg rasa sakit hati, klu ada pun mudah dilupakan....

    BalasPadam
  8. Sakit hati ni ada diantaranya tupan syaitan, wallahualam. Semoga kita tidak menyakiti hati org lain dan dijaukan dari mereka2 yg sentiasa sakit hati dgn kesenangan atau kebaikan org lain.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..