PENYESALAN ...

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


PENYESALAN .. || Rasa.Daripada jiwa yang paling dalam.Tidak boleh direka-reka atau dicuba-cuba.Setahun .. berbelas tahun .. atau mungkin berpuluh tahun.Tempoh itu sekadar bersandar hitungan waktu.Rasa penyesalan itu bermula daripada timbulnya kesedaran pada diri.

Jangan dipersoal..mengapa baru sekarang?..dan kenapa tidak dari dahulu..biar seolah terlewat bagi prasangka manusia tapi sudah itu yang Allah kata waktu yang tepat untuk berasa penyesalan,mengapa kita asyik mempertikai..


Penyesalan
Google image 
Jangan pernah timbul rasa penyesalan pada kebaikkan yang telah dilakukan ... sebaliknya tebalkan rasa penyesalan pada khilaf yang pernah dan sedang dilakukan ... 

ANGGAP PELUANG BUKAN JURANG.Tidak semua orang timbul penyesalan pada dirinya.Bersyukur dan hargailah andai rasa itu terbit pada diri.Menjadi amaran yang sangat mahal untuk dibiar tidak dimanfaatkan.Pandu rasa penyesalan itu untuk menjadi lebih baik bukan dijadikan jurang yang dalam dan luas meminggirkan diri dengan orang lain.Ingat.Sebagai manusia biasa tiada yang terlepas daripada kisah silam.Biar satu ketika sinarnya malap dan kelam tidak bermakna kehadapannya terus gelap."Belakang parang diasah boleh menjadi tajam" ... "Kaca andai digilap sinarnya bak intan" ... Terserah pada diri.

BERPATAH BALIK DI LALUAN SAMA.Untuk mencari laluan baru,berpatah balik dengan menggunakan laluan yang sama terlebih dahulu agar sesatnya tidak semakin jauh dan parah.Itulah sebabnya "tersesat dihujung jalan ... kembalilah ke pangkal jalan"...dari titik permulaan itu maka bolehlah untuk mengorak langkah yang baru .. boleh juga memulakan haluan yang berkemungkinan jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

TANDA ALLAH SWT MASIH SAYANG.Petunjuk Allah SWT itu luas.Pelbagai cara,bermacam bentuk.Adakala penyesalan itu dirasa setelah musibah melanda.Tidak kurang disebabkan jiwa yang kian merapat dengan DIA.Rasa penyesalan itu juga kunci untuk buka laluan pada diri menjadi lebih baik .. baik dan baik


Penyesalan itu sebenarnya teguranNYA .. teguran halus meresap terus ke jiwa yang mungkin suatu ketika dahulu pernah kebal dengan nasihat dan amaran.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. PENYESALAN MEMBAWA KPD MUSAHABAH DIRI

    BalasPadam
  2. Penyesalan lahir daripada kesedaran
    Kesedaran hadir daripada petunjuk Allah.
    Mudah2an kita berubah ke arah yang lebih baik.
    In syaa Allah.

    BalasPadam
  3. Betul tu PC. Kita patut risau kalau tidak ada penyesalan hadir dalam jiwa atas dosa dan kesalahan yg lepas. Penyesalan salah satu teguran Allah utk hambaNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap Allah sentiasa pandang kita Sis.Tidak biarkan kita juga..

      Padam
  4. Yang penting jangan sampai sesat di jalan mati sis..

    BalasPadam
  5. Semoga penyesalan membaya perubahan ke arah kebaikan, bukan memusnahkan harapan lain juga masa depan.

    BalasPadam
  6. ya selalu rasa menyesal dengan kesilapan yang pernah dilakukan, moga tak berulang lagi kesilapan yang serupa

    BalasPadam
  7. Penyesalan Mrs. A dah tak boleh ditarik kembali.

    Kisahnya sewaktu nak balik ke Seremban (tahun 2012) tak salam dan bagitahu arwah Abah Mrs. A nak balik dah kerana pada ketika itu arwah dah tidur dah lewat malam sangat Mrs. A tak sampai hati nak kejutkan walaupun emak time tu beriya-riya suruh kejut (emak macam dapat rasa dah cuma dia tak terluah)tapi Mrs. A kata takpelah hari Sabtu nanti orang balik lagi.

    Sesal seribu kali sesal hari Rabu dapat call dari emak katanya Abah kau dah takde. Hah! apa!??? betuk ke nih!!? meraung terduduk Mrs. A time tu sampai sekarang sentiasa ingat dan sangat sangat sangat menyesal. Kenapa aku tak kejut Abah kenapa!? kenapa!? kenapa tak kejut nak bagitau Abah aku nak balik dah huwaaaaaa...

    Sekarang kalau ada peluang dan ruang untuk orang-orang yang disayangi Mrs. A takkan bertangguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanaAllah...tak apa...pasti berhikmah biar terlalu pahit..betul..rasa ralat dan bersalah itu susah dikikiskan kak...Allahu.

      Padam
Terbaru Lebih lama