Pilihan Dan Bahagia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


PILIHAN DAN BAHAGIA || Bersyukur Allah SWT izinkan PC dan pilih kita semua untuk hidup di dunia ini.Sangat-sangat bersyukur.Setiap pilihan Allah SWT itu tepat dan terbaik .. tinggal terserah pada diri kita pula untuk buat pilihan dan bahagia dengan apa yang telah kita putuskan.

Bagaimana? .. ada banyak cara.Pilihlah yang tidak merosakkan janji kita denganNya .. tidak juga membinasa hubungan kita dengan kekasihNya ... moga setiap apa yang kita pilih disertai dengan redha dan rahmatNYA.Mudah-mudahan.

ABAIKAN BICARA-BICARA PARAH.Tidak semua orang sama-sama berasa bahagia melihat bahagianya orang lain.Tidak mengapalah,abaikan dan doakan moga dia yang tidak berasa senang hati itu menikmati bahagia luar biasa.Kalau hari ini tersilap langkah memilih cara untuk rasa bahagia.Cepat-cepat keluar dari kepompong itu.Pilihlah bahagia dari cara yang lurus dan halal.Nanti akan lebih terasa nikmat bahagia berganda-ganda 😄.Bahagia yang tulus dan tulen.

RASA SUKA ITU MOTIVASI.Bila ada rasa suka,semangat pun berkobar-kobar untuk lakukan sesuatu yang dihajati.Suka ditambah dengan minat maka sentiasa bersemangat.Sekiranya lakukan dengan rasa terpaksa .. bahagiakah? 😡.Justeru saat kita melihat orang lain bahagia dengan pilihannya dalam apa pun sudut hal yang baik-baik ... biarkan.

Pilihan Dan Bahagia

Pokok pandan pokok kari
Diajak bicara setiap hari
Mendekati tumbuhan terapi diri
Bicara dan berzikirnya dengan cara tersendiri

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pernah dengar yang bahagia itu adalah pilihan. Kita yang menentukan & pilih untuk bahagia atau tidak, pilih untuk ikut jalan bahagia atau jalan berduri. Dan syukur ya, kata-kata itu mmg benar. bahagia itu sememangnya adalah pilihan.

    BalasPadam
  2. Gemuk2 daun pandan Tu. Mesti cukup kasih sayang kan..

    BalasPadam
  3. Menariknya tengok tanaman PC..
    Betul tu PC.. Bahagia adalah pilihan.. Selagi kita melalui jalan yang diredhai Insya Allah pasti bahagia..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama