Sokongan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SOKONGAN || Bersatu buat kita lebih kukuh ... bercerai buat kita mudah rapuh.Ada waktu kita perlu untuk bersendirian.Namun jangan menolak untuk hidup bermasyarakat dan bersosial secara bersih dan sihat.Apa yang penting pandai-pandailah bawa diri asal tidak memandai-mandai sana sini.Owh itu berbahaya.

Sokongan
Google image 

KEKELUARGAAN.Sewaktu anak-anak masih kecil,ya ibu ayahlah yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak.Waima hingga anak-anak sudah dewasa pun sokongan ibu ayah sangat-sangat masih diperlukan.SubhanaAllah.Cuma dikesempatan yang kita tidak tahu masih berbaki berapa banyak ini,,wahai anak-anak,,adik beradik,,salinglah memberi sokongan kepada ibu ayah,,kepada satu sama lain.

PASTINYA BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI SEMATA.Awas dengan setiap apa yang kita ada hari ini.Satu ketika bila semuanya bangkit berbicara jangan sampai kita tanpa belas dihumban ke dalam neraka.Sungguh PC betul-betul takut.Terpercik minyak panas hanya sebesar duit lima sen pun menanggung sakit tidak terkira,bagaimana sejasad terus dihumban dalam api yang marak.Allahu.Apa yang Allah SWT pinjamkan itu rezeki untuk kita manfaatkan bagi keperluan diri sendiri dan dalam masa sama untuk meringankan orang lain juga.

Jangan sentiasa beranggapan orang pasti menangis kerana iri hati dengan apa yang kita ada,,tapi risaulah kalau sebenarnya orang sedang menangis kerana dizalimi dengan apa yang kita sedang miliki..  -PerduCINTA-

TIDAK BERERTI TAMAK.Apa yang telah Allah SWT tetapkan wajib hukumnya maka lakukanlah walaupun hati tidak sepenuhnya rela.Buat sahaja nanti lama-lama suka dan jatuh cinta.Syarat ada usaha bukan asyik beralasan hingga menyalahkan Allah SWT kerana belum beri hidayah katanya.WAJIB.Satu kemestian.Buat berpahala.Tinggal berdosa.Apa yang wajib itu sokonglah dengan yang sunat bukan kerana yang wajib itu tidak kukuh cuma mahu lebih menambah tuaian nikmat diakhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setuju sangat tu PC,kalau takde sokongan,hidup kita tak kemana pun...bersederhanalah dalam apa jua keadaan pun

    BalasPadam
  2. Tanpa sokongan orang lain hidup tidak bermakna...

    BalasPadam
  3. Betul PC. Seram sejuk sampai menggigil badan setiap kali bila terbayang azab api neraka tu kan. Kena minyak sikit dah sakit dan luka apa lagi api neraka. Semoga amalan dan kebaikan yg tidak seberapa kita lakukan di angkat olehNya dan menjadi asbab utk kita beroleh rahmatNya di sana.

    BalasPadam
  4. Sokonglah produk buatan orang Islam..
    Errr..
    Salah satu tanda sokongan juga kan.

    BalasPadam
  5. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah taala..

    BalasPadam
  6. Hidup kita lerlukan sokongan daripada org lain juga.

    BalasPadam
  7. Sokongan Allah taala melebihi segalanya

    BalasPadam
  8. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama