بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
TERUS MENGHARGAI DAN MENGHAYATI || Menghargai itu bukan mudah.Berapa banyak yang dipersia dan berapa ramai yang mempersia-siakan.Menghayati? ... lazimnya bila teracuan dengan jiwa.Ya penghayatannya sungguh luar biasa.Kadang luar jangka.
Semalam ... setiap tahun bertarikh 31 Ogos di sana sini sambutan baik kecil-kecilan atau besar-besaran .. meriahnya tidak usah dikata.Alhamdulillah.Sambutan kali ke-60.Merdeka untuk negara Malaysia tersayang.Moga rakyaknya juga tidak pernah lupa untuk terus berdoa agar negara sentiasa dilindungi daripada anasir-anasir perosak jiwa dan minda.Bagi PC,setiap kali menyambut ulangtahun kemerdekaan itu tanda kita menghargai perit jerih pejuang terdahulu.Terus kita sama-sama menjaga.
Dan hari ini ... 10 Zulhijjah 1438H.Salam Aidiladha untuk semua sahabat-sahabat PC.Nikmat berganda luar biasa.Hari Jumaat pertama di bulan September.Turut juga ummat Islam meraikan Aidiladha. Semalam kita menghargai pejuang terdahulu dan hari ini moga kita menghayati erti sebenar pengorbanan insan yang patuh dan mentaati perintah Tuhannya sesungguh hati.Kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.SubhanaAllah.
Ambil tahu pada yang perlu supaya kita lebih terus menghargai dan menghayati ...
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Selamat Hari Raya Aidiladha PC. Sama-sama menghargai dan menghayati erti sebenar pengorbanan.
BalasPadamSalam Aidiladha PC. Semoga Allah sentiasa memberkati segalanya... aamiin.
BalasPadamSalam Aidil Adha..kecil nilai di mata manusia, biar bernilai di mata Dia.
BalasPadamSelamat tengahari & salam aidil adha
BalasPadamMerdeka jiwa dan merdeka rohani
Baru lah kita benar benar bebas
Selamat menyambut kemerdekaan
BalasPadamSalam aidiladha