Razeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

REZEKI || 2 September.Alhamdulillah ibadat korban masih lagi berlangsung.Syukur.Oleh kerana cuti dilanjut sehingga hari Isnin,pasti ramai yang masih bergembira di kampung halaman atau mungkin dihaluan percutian masing-masing.Nikmat apa lagi yang hendak didustakan.Tiada.

Rezeki itu sangat luas.Walau sekecil nikmat itu tetap rezeki.Syukuri.Hargai apa yang ada di hadapan mata.Jaga.Kalau bukan untuk kita ianya pasti menjauh.Andai takdir ianya milik kita,ya ianya pasti mendekat tanpa terduga.

rezeki
Sup tulang + daging

Seharian semalam kami mencari daun sup dan taugeh...adusss tiada dan kehabisan stok.Ditambah banyak kedai tutup😂.Oleh kerana semangat mahu masak sup tu macam tak boleh dibendung...awal pagi en suami mencari.Alhamdulillah👍.Rezeki.Allah tangguh.Pasti berhikmah.

Aidiladha masih terasa
Masih juga dirai bersama
Jauh dekat berjanji berjumpa
Merapatkan zahir yang jauh dimata

Ibadah korban di sini sana
Bagi yang mampu melaksanakannya
Bahagian yang ada diagih sama rata
Sama-sama nikmati dan juga merasa

Rendang,sup dan kari juga
Menu lazim menggayakan daging yang ada
Lebihkan kuah ketika memasaknya
Boleh dikongsi dengan jiran tetangga

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya pula carikan ayam, ayam habis... huhu... terpaksa jamu kawan2 dengan mee kari je... Alhamdulillah rezeki juga kan...

    BalasPadam
  2. selamat hari raya haji PC... semalam kat sini masak sup tulang lembu korban...

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aidil adha kpd PC n famili....

    BalasPadam
  4. nampaknya rezeki saya dapat tengok je la...rezeki jugakla

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama