Header Ads

Kejernihan Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KEJERNIHAN HATI ~ Bersih pada air itu selain bebas najis .. kejernihannya juga menjadi ukuran.Mudah kata,seperti air mutlak .. yang suci lagi menyucikan.Sungai yang airnya mengalir jernih,bersih itulah yang menjadi tumpuan.Cuba setiap hari bekalan air paip keruh .. lebih keruh daripada milo o..agak-agak mengamuk tak..nyamuk aedes pun bijak..cari air bersih nak biakkan keturunannya.Itu nyamuk .. kita apatah lagi.


Kejernihan Hati


Biar dari tempat yang bersih namun virus yang di bawa itu bahaya .. maka ianya tetap mendatangkan mudharat kepada manusia.Nyamuk itu perantara,semua atas izin dan kehendakNya juga.Apa yang boleh kita lakukan adalah berjaga-jaga dengan cara yang sepatutnya.Berbeza dengan kejernihan hati .. berada di mana pun andai kejernihan hati itu sentiasa subur .. insyaAllah bukan sahaja dirinya malah persekitarannya juga boleh "hidup".

Bebas prasangka .. sifar iri hati .. tidak mudah.Perlu proses yang lama dan berterusan.Bukan macam bersihkan najis .. guna air mutlak,hilang rasa,bau dan warna selesai.Tidak.Untuk memiliki kejernihan hati banyak pengorbanan yang mesti dilakukan.Namun andai berjaya,percayalah ketenangan yang dinikmati sungguh luar biasa.Tak percaya? .. mulakan dengan MEMAAFKAN diperingkat permulaan kemudian MENDOAKAN.Sedikit tapi berterusan.InsyaAllah sedikit demi sedikit nikmat dan hikmah kejernihan hati itu akan dirasai.

Kebaikkan tidak semestinya yang terlihat dek pandangan kasar.Ada juga kebaikkan-kebaikkan yang boleh dilakukan di luar pengetahuan orang.Ada yang biasa-biasa hakikatnya luar biasa..ini hebat..hebat bila membuat kebaikkan tangan kiri pun tidak mengetahui.Impak daripada kejernihan hati itu akan mendekat,rapat dan erat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

10 ulasan:

  1. Kita perlukan air
    air yang bersih suci dan jernih.
    Kita ada hati
    biarlah hati yang bersih suci dan jernih

    BalasPadam
  2. BIAR HATI BERSIH SEJERNIH AIR

    BalasPadam
  3. Semoga dosa Kita diberikan seperti terjirusnya air Di kotoran

    BalasPadam
  4. Nice sharing sis... tangan kiri mudah tekan publish post kat fb sekarang ni...

    BalasPadam
  5. Dari kejernihan hati, maka lahirlah keikhlasan diri dalam mengamalkan segala nilai2x murni di dalam kehidupan kan kak PC. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..