Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH ONLINE PEMUDAH CARA ~ Mudah,pantas,jimat masa,tenaga dan kos.Ciri khas yang menjadi pilihan dewasa ini.Serba serbi lebih ke arah teknologi.Teknologi andai betul dimanfaatkan makan mendatangkan impak yang luar biasa.Kalau dulu sekadar di dalam rumah tetapi tidak lagi di zaman ini.Di mana sahaja boleh di bawa dan di akses dengan pantas.Asal bijak memilih insyaAllah selamat dan tercapai matlamat.

Perbelanjaan harian,pengurusan pembayaran bil-bil juga tidak terkecuali daripada menggunakan kaedah atau sistem "atas talian(online)".Seiring waktu Kementerian Pelajaran Malaysia juga mewujudkan satu sistem pemudahh cara untuk ibu bapa yang dikenali sebagai SAPS IBU BAPA.

SAPS IBU BAPA?..mungkin ada yang masih asing dengan sistem ini terutama bagi ibu bapa yang sudah tidak mempunyai anak sekolah.Tetapi tidak asing bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih bersekolah baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Bagi PC setiap daripada kita wajar ambil tahu serba sedikit mengenai sistem terkini yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH IBU BAPA ONLINE merupakan satu sistem pemudah cara untuk ibu bapa dan murid atau pelajar itu sendiri membuat semakkan keputusan peperiksaan yang telah mereka duduki dan ambil sama ada di sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.Keputusan peperiksaan itu boleh juga dianggap sebagai satu penanda aras tahap penerimaan anak-anak terhadap pembelajaran yang diterima dan difahami semasa guru berkongsi ilmu di dalam kelas.Justeru lazim bagi ibu bapa teruja untuk mengetahui keputusan setiap kali selepas anak-anak menduduki peperiksaan.Berdolak-dalih,beribu alasan daripada anak,bertangguh atau menukar markah sesedap rasa,masalah ini tidak timbul oleh kerana ianya telah para guru masukkan ke dalam sistem yang ibu bapa boleh rujuk seperti di bawah ini.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara


Impak positif yang jelas,selain daripada SAPS IBU BAPA ini pemudah cara,ianya satu sistem yang telus dan lengkap untuk dijadikan rujukkan ibu bapa dan pelajar itu sendiri.Memalui sistem semakkan online ini ibu bapa bukan sahaja mengetahui markah peperiksaan setiap mata pelajaran anak-anak,malahan slip peperiksaan,kedudukkan dalam kelas dan tingkatan juga boleh diketahui.Ini memudahkan juga urusan ibu bapa untuk proses pendaftaran anak untuk sesi persekolahan untuk tahun yang berikutnya.

Ibu bapa juga tidak perlu tunggu lama untuk mengetahui potensi anak-anak mereka dalam menguasai satu-satu mata pelajaran yang di ambil itu.Menghadapi dunia yang semakin serba mencabar ini,"Keputusan yang segera,analisa yang pantas,bertindas atas keperluan" sangat-sangat perlu.Banyak hal ibu bapa perlu lebih selangkah ke hadapan berbanging guru-guru kerana anak-anak lebih hampir dengan ibu bapa.Tanpa anak-anak disisi juga ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan syarat mengetahui nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran mereka.

Bolehkah begitu?..bagi PC boleh kerana sistem ini terpakai untuk murid darjah satu hingga darjah enam .. untuk sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 tetapi tidak boleh diakses untuk peperiksaan awam UPSR,PT3 dan SPM.Maka wajarlah ibu bapa mengakses keputusan peperiksaan anak-anak mereka terutama bagi murid-murid darjah satu yang mungkin belum begitu memahami dan mahir melakukannya sendiri.Jom klik link di bawah untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara

Pemantau ibu bapa sangat perlu.Sama ada anak-anak bersekolah di sekolah berasarama atau tidak,ibu bapa sewajarnya sentiasa ambil tahu perkembangan anak-anak.Aktiviti sosial mereka tidak kurang juga akademik anak-anak.Maka manfaatkanlah sistem ini sebaiknya moga ianya dapat meningkatkan kualiti akademik anak-anak dengan lebih mudah dan berkesan.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi





12 comments:

  1. Bagusnya sistem ni
    ibu bapa dengan mudah dapat mengetahui keputusan peperiksaan anak2.

    kalau ada sistem yang catat masalah disiplin pun bagus juga
    supaya ibu bapa tahu perangai anak2 mereka kat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pakcik WP...secara online direkodkan kesalahan-kesalahan didiplinkan..supaya guru dan ibu bapa boleh bekerjasama memantau... :) sekarang semua guna sistem kan...

      Delete
  2. memang bagus saps ni. sy pun sllu guna utk check result exam adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah,cepat dan telus..asal tahu no ic atau no sijil kelahiran...boleh semak keputusan lagi2 yang anak-anak berada di asrama.

      Delete
  3. yuppp saps ibu bapa mmg memudahkan ibu bapa mengetahui markah anak2, x perlu tunggu report card, ibu bapa dah boleh menyemak sendiri markah dan pencapaian anak2, cuma saps yg perlu digunakan oleh guru untuk memasukkan markah, klaau x kena masanya.. berguling2 je tapi x boleh2 masuk saps, kerja tergendala, boss asyik pentingkan due date jer.. uwaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila setiap kali lepas peperiksaan kawan-kawan PC yang cikgu pun mereka cakap pening...sebenarnya nak keyin tu kalau fokus boleh siap cepat...yang masalah bila sistem meroyan mereka kata...

      Delete
  4. Mudah dengan sistem SAPS ni ye. Senang ibu bapa nak pantau progress pembelajaran anak2 di sekolah. Xde alasan dah report card hilang lah, apa lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...takde dah sembunyi repord card atau ubah markah yang cantik-cantik...hehe.

      Delete
  5. Memang bagus sis... semoga line internet tak menggangu sistem yang bagus...

    ReplyDelete
  6. sistem mcm ni mmg sngt bagus untuk ibubapa..

    ReplyDelete
  7. Sistem online ini memudahkan ibubapa monitor pencapaian anak mereka di dalam bidang akademik. Cara yg asalnya digunakan di universiti awam untuk semak exam result online, kini sedikit demi sedikit telah diaplikasikan kepada peringkat awal sekolah kanak-kanak. Terbaik kak PC. :D

    ReplyDelete
  8. Senang sistem ni... boleh check direct

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.