Sebenarnya ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBENARNYA .. || Mengetahui hakikat itu pahit.Pahit itu adalah ubat.Ubat yang mungkin tidak menyembuhkan paling tidak meredakan.Berlebihan memudaratkan.Ibu segala ubat dan rawatan ada padaNYA daripadaNYA untuk sesiapa yang dikehendaki olehNYA menemui kesembuhan dan kesihatan.

Sebenarnya
Image : Google 

TIDAK MAMPU.Setiap makhluk di muka bumi Allah SWT ini semuanya lemah .. tidak berdaya .. malahan bukan sesiapa dan apa-apa pun.Kalau kita mampu lakukan sesuatu .. menjadi sesorang yang biasa-biasa, sederhana mahupun hebat hari ini .. SEMUA atas KEHENDAK dan IZIN daripada NYA.Kalau Allah SWT boleh beri bila-bila masa itu bermakna Allah SWT juga boleh ambil semula sekelip mata.Sungguh,amat berat dan tidak tertanggung rasanya😔😭.Allahu.

PEGANG BANYAK WATAK.Wanita yang dalam satu masa dia adalah anak,isteri,ibu,ibu mertua,kakak atau adik,nenek juga.Demikian juga kisahnya seorang lelaki yang menggalas banyak tanggungjawab sesuai dengan status yang digalas.Lunas tanggungjawabnya,inshaAllah cerah syurga buatnya.Siapa pun dan di mana pun jangan pernah terlupa watak seoeang hamba yang dimestikan ke atasnya lakukan kebaikkan hindari kebinasaan.

SENDIRI PUNYA ANGKARA.Allah SWT tidak menzalimi satu kaum melainkan mereka menyakiti sesama sendiri.Begitu juga pada diri kita.Kadang kita yang bertindak menyakiti atau menzalimi diri sendiri.Api itu panas,jangan ditambah bahan bakarannya kalau tidak mahu apinya semakin marak.Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya ..
Binasalah hamba wang : dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.(Riwayat al-Bukhari)SUMBER


Sebenarnya majikan kita cuma SATU.DIA yang ESA,yang pada setiap kebaikkan gajinya adalah pahala dan kebaikkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. HINDARI SIKSAAN ALLAH AKIBAT KEZALIMAN DIRI SENDIRI

    BalasPadam
  2. Allah lah yang Maha Berkuasa. Kita semua di bawa kekuasaanNya. Semoga kita semua dibawah rahmat dan kasih sayangNya

    BalasPadam
  3. Tanggungjawab akan disoal kelak. Jika tidak lunas, maka menjawablah kita di akhirat nanti..

    BalasPadam
  4. banyak tanggungjawab yg masih belum tertunai...

    BalasPadam
  5. wanita ni byk tugas dan tanggungjawab smg tidak tergelincir diri kita...

    BalasPadam
  6. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni dosa2 kita dari khilaf tanggungjawab sama ada yg nyata mahu pun yg tersembunyi.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama