Seperti Pesalah Dan Rasa Bersalah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEPERTI PESALAH DAN RASA BERSALAH ~ Allah SWT kurniakan kita satu hati.Sebuku darah.Uniknya dengan sebuku darah ini ia mempunyai banyak ruang dan pengisian rasa (emosi).Dan yang paling penting .. keimanan kita letaknya pada hati,justeru andai baik sebuku darah yang dikenali sebagai hati ini pada manusia (sesiapa pun) ... maka baiklah pada keseluruhan jasadnya.InsyaAllah.

Situasi.Setiap tingkah kita itu sangat dekat dengan pelbagai situasi.Baik yang dialami sendiri mahupun dialami oleh orang lain dan kita melihatnya secara sengaja atau tidak disengajakan.Ada masa kita menjadi perhatian .. adakala kita memerhatikan.Awas,bila kita tertarik untuk melihat jangan sampai buat orang yang dilihat itu berasa tidak selesa.Diperhati seperti pesalah sehinggalah rasa bersalah timbul pada diri walau tidak lakukan apa-apa di luar kewajaran.

Hidup dan menghidupkan.Ya .. Allah SWT izinkan kita hidup .. tidak salah untuk kita menghidupkan.Menghidupkan bukan bererti meniup roh pada jasad (hanya Allah SWT boleh melakukan) .. sebenarnya kalau di dalami,sangat luas tafsiran kepada menghidupkan itu.Semangat yang mula rebah itu perlu kita hidupkan dengan motivasi.Keyakinan yang semakin rapuh itu mesti kita hidupkan dengan dorongan.Teramat utama sekali bila iman kita kian pudar hidupkanlah dengan lebih mengenal dan mencintaiNYA di taman-taman syurga dunia (di majlis-majlis ilmu).

Di ketika meraih perhatian dan pandangan Tuhan .. rendahkan diri dan hati seperti pesalah yang sangat-sangat mengharapkan belas ihsan untuk diampunkan.Apatah lagi dalam usaha melangkah ke pintu taubat .. tebalkan rasa bersalah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Pintu taubat itu luasnya melebihi keluasan langit dan bumi.

Seperti Pesalah Dan Rasa Bersalah
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rasa bersalah tu boleh menghidupkan rasa keinsafan yg mendalam dalam hati2 yg tersedar. Kita patut risau bila hati kita tiada rasa bersalah tu.

    BalasPadam
  2. semoga rsa bersalah akan terus mekar dalam diri ini...

    BalasPadam
  3. Marilah kita membaiki diri..

    Mudah.mudahan mendapat lebih baik dari hari semalam

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian. kita hamba hina yang banyak sangat buat salah dan dosa. Allahu, ampunkan dosa2 kami.

    BalasPadam
  5. muhasabah diri ,hmmm aku pendosa. moga diampunkan

    BalasPadam
  6. Allah akan mengampunkan dosa2 dan kesalahan2 kita.
    Bertaubatlah.

    BalasPadam
  7. rasa bersalah tu terkadang penting untuk ada dalam diri kita..

    BalasPadam
  8. Rasa bersalah mampu membina jalan kebaikan dengan memohon ampun kemaafaan, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama