Beristighfar Banyak-banyak Bertaubat Sungguh-sungguh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BERISTIGHFAR BANYAK-BANYAK BERTAUBAT SUNGGUH-SUNGGUH ~ Fungsi air mutlak itu untuk keperluan harian kita.Sangat penting dan menjadi keutamaan terutama dalam urusan ibadah.Lebih-lebih lagi air mutlak yang sifatnya suci lagi menyucikan.Membersihkan najis mughalazah sahaja 1:6 .. 1air mutlak dicampur tanah .. 6 air mutlak hingga hilang rasa bau dan warna.

Bagaimana kisahnya dengan mencuci atau membersihkan dosa pada diri yang telah dilakukan... 


Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah  mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali.
(Hadith riwayat Al-Bukhari, No. Hadith : 6307) 

Insan yang sangat istimewa..telah Allah SWT sediakan singahsana khas untuknya .. diampun setiap dosanya sama ada yang telah lalu mahupun pada masa akan datang .. namun Baginda Rasulullah SAW tetap beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

PC? .. Allahu .. jauhnya.Namun jangan berputus asa.Terus berusaha baiki diri.Perbanyakkan istighfar.Taubat? .. sungguh-sungguh.Jangan taubat sambal belacan.Sebut pedas ... pedas ... pedas ... hilang pedas makan lagi.

Beristighfar Banyak-banyak Bertaubat Sungguh-sungguh
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. inshaAllah kak, jangan putus asa bertaubat dan memohon diampunkan dosa.. ayuh sama2 kejar redha Allah :)

    BalasPadam
  2. InsyaaAllah pc... terima kasih... astagfirullahalazim...

    BalasPadam
  3. Cuba istiqamah beristighfar 100x selepas subuh. Tak mudah tp boleh di usahakan. Moga2 Allah sudi mengampunkan dosa2 kita.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan =)

    BalasPadam
  5. Akan sentiasa bertaubat dan terus bertaubat..
    Semoga taubat kita diterimaNya..
    Aminnnn..

    BalasPadam
  6. Wowwww... mmg hebat contoh kak PC bagi. Sambal belacan pedas. huhu. Tapi mmg betul apa kak PC katakan. Semoga Allah SWT memelihara diri kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
  7. Memang hebat berastagfirullah...terima kasih tazkirah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama